Isu SemasaTempatan

Hak Kanak-Kanak Dalam Islam

Melindungi anak-anak kita bermaksud menolong mereka mencapai potensi sebenar.

Awal bulan lepas, hukuman terhadap seorang bapa yang telah menganiaya anak kandung perempuannya secara seksual dan fizikal bukan sahaja menjadi berita utama di Malaysia malah telah menarik perhatian media antarabangsa.

Menurut Enizahura Abdul Aziz, Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kita perlu memahami bahawa bagi anak tersebut, impak emosi dan psikologi akibat perbuatan dahsyat itu sangat sukar untuk diatasi.

Dari sudut pandangan Islam pula, seorang anak yang dikurniakan kepada orang tuanya daripada Allah S.W.T. sebagai amanah. Dengan amanah ini, datangnya tanggungjawab.

Tanggungjawab ibu bapa termasuklah menyediakan anak itu dengan persekitaran hidup selamat di mana mereka mampu mengembangkan keperibadiannya untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan.

Ia dinyatakan dalam kitab suci al-Quran: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Al-Furqan, Bab 25: Ayat 74)

Tetapi, perkataan ‘tidak bertanggungjawab’ tidak memadai untuk menggambarkan perbuatan bapa tersebut.

Penderaan ibu bapa terhadap anak-anak tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kes tersebut, bapa mangsa telah kehilangan segala belas kasihan, dan kasih sayang yang sepatutnya dimiliki oleh seorang bapa terhadap untuk anaknya. Secara ringkas, keadaan mentalnya perlu dipersoalkan.

Sama seperti kita yang prihatin dengan hak individu dewasa dan terus berusaha memperbaiki nikmat hak-hak tersebut, kita juga tidak boleh melupakan hak kanak-kanak.

Hak kanak-kanak jarang menerima perhatian yang sewajarnya di kebanyakan masyarakat. Tumpuan khusus mengenai hal ini mesti diberikan dalam program pembangunan dasar dan pembangunan sosial.

Hak kanak-kanak bukan sahaja bermaksud memberikan pendidikan dan perlindungan kepada mereka. Malah pada keseluruhannya ia adalah hak mereka untuk mempunyai zaman kanak-kanak yang normal dan penuh dengan kebahagiaan.

Dalam pandangan Islam, rangka kerja maqasid al-Shari’ah (niat undang-undang syariah) harus menjadi panduan terbaik bagi mereka yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk membuat keputusan dan merumuskan dasar-dasar yang bertujuan bagi melindungi kesejahteraan kanak-kanak.

Para ulama dan juri telah bersetuju bahawa tujuan umum ataupun niat undang-undang ini adalah untuk menggalakkan kesejahteraan keseluruhan umat manusia serta mencegah bahaya dan kejahatan.

Peraturan asas yang perlu dipatuhi adalah niat di sebalik setiap keputusan itu harus ditujukan terhadap memenuhi sesuatu yang baik dan mengelakkan sesuatu yang berbahaya.

Allah S.W.T. berfirman dalam Al-Quran: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Al-Haj, Bab 22: Ayat 41)

Oleh itu, sebarang usaha untuk melindungi hak kanak-kanak juga mesti memenuhi objektif atau niat Syariah, termasuk pemeliharaan lima asas iaitu agama, kehidupan, fikiran, keturunan dan harta benda. Tanpa perkara asas tersebut, hidup mereka mungkin sukar atau huru-hara.

Allal Al-Fassi menjelaskan: “Matlamat utama undang-undang Islam adalah untuk melahirkan dan membangunkan Bumi ini dan mengekalkan kewujudan bersama yang aman demi memastikan kesejahteraan berterusan Bumi dan kegunaannya menerusi ketakwaan mereka yang telah di tempatkan di sana sebagai khalifah Tuhan; untuk memastikan umat manusia berkelakuan adil, dengan keberanian dan integriti dalam pemikiran dan tindakan mereka, dan agar mereka boleh mengubah apa yang perlu diubah di Bumi ini, menggunakan sumber aslinya, dan merancang demi kebaikan bersama.”

Dalam hal ini, perlindungan kanak-kanak tidak hanya terhad kepada menegak serta merumuskan undang-undang dan peraturan agama berkenaan dengan kanak-kanak;  termasuk menggalakkan hak mereka untuk menerima manfaat yang dapat diperoleh dalam kehidupan ini.

Berkenaan dengan hak-hak kanak-kanak dalam Islam, Bekas Sheikh Al-Azhar, Dr Muhammad Sayyid Al-Tantawi, berkata: “Barangsiapa yang melanggar salah satu hak kanak-kanak, yang bakal menjadi umat lelaki dan wanita dihari kemudian, dan harapan setiap negara sebagai pemimpin masa hadapannya,  adalah tidak mentaati arahan Allah dan bertentangan dengan undang-undang Syariah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker