Hiburan

Dua Pemuzik Tempatan Akan Mewakili Malaysia di HK

Dr. Temple Grandin seorang saintis dan jurucakap autisme pernah sekali berkata: “Perlu ada lebih banyak penekanan kepada apa yang boleh dilakukan oleh anak, bukan apa yang tidak boleh dilakukannya”.

Dua anak muda Malaysia telah bersedia untuk menunjukkan bakat mereka di pertandingan Autistic Talent Gala 2017 di Hong Kong pada bulan depan.

Joshua Danial Johnson, 23, dan Salvador Augustine Ling Jun An, 16, teruja kerana dapat mewaikili Malaysia sebagai peserta akhir di pertandingan antarabangsa itu pada 18 December.

“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan. Kami berbangga kerana layak untuk mewakili negara kami,” kata Joshua sambil tersenyum.

Joshua didiagnosis dengan ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders) ketika dia berumur empat tahun.

“Kami juga sedikit gementar tantang semua ini,” mengakui Salvador, yang mempunyai Sindrom Asperger ringan.

“Tetapi itu perkara biasa. Dan ia memberi semangat kepada kami,”

Autistic Talent Gala 2017, yang dianjurkan oleh AnAn International Education Foundation yang berpangkalan di Hong Kong, adalah pertandingan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej “penerimaan masyarakat” daripada segi kesamarataan sosial, integrasi, pemahaman awam, dan rasa hormat, untuk menggalakkan orang-orang autistik dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam masyarakat dan bebas menunjukkan perasaan mereka menerusi seni muzik.

“Kami akan memberi persembahan ballad rock yang berjudul Short and Sweet,” kata Joshua, seorang pemuzik yang berpengalaman yang pernah membuat persembahan bersama Jaclyn Victor, Juwita Suwito, Zainal Abidin dan Unit Percussion Aseana.

“Salvador adalah penyanyi utama, dan saya akan mengiringinya dengan gitar dan vokal sandaran.”

Bagi melepasi pusingan awal, kedua-duanya merakam dan menyerahkan penggubahan asli oleh Joshua.

Pemain dram dan genderang profesional tempatan Edwin Nathaniel, 59, yang juga merupakan pengurus, juruteknik muzik dan pendorong pasangan itu, berasa yakin dengan potensi yang mereka miliki.

“Apabila saya lihat potensi pada seseorang, saya akan memupuk dan membina mereka dengan teliti, dan menjadikan mereka dikenali ramai.”

Salvador, yang minat dengan nyanyian dan muzik sejak kecil, menambah bahawa satu-satunya cabaran yang mereka hadapi sekarang adalah mencari masa untuk berlatih.

“Kami seronok melakukan latihan dan gembira dengan hasilnya,” katanya.

Apabila ditanya tentang perjalanan ke Hong Kong, Joshua berkata mereka berdua sangat teruja tentang perjalanan pertama mereka ke sana, lapor the Star.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker