Bisnes & Ekonomi

Rahsia Gerai Mi Bertahan 50 Tahun

Kedai makan mi daging panggang Teochew milik Tang Leng Neng adalah satu-satunya di Sibu yang masih bertahan sehingga ke hari ini, lapor The Star

Melangkaui  lebih lima dekad, gerai Tang di Pasar Besar Sibu di sini sentiasa dikunjungi pelanggan, di mana sesetengah pelanggannnya adalah pelanggan tetap.

Tang sibuk bekerja di gerainya

Permulaan gerai Tang

Tang yang peramah menubuhkan perniagaannya dari awal pada tahun 1964 selepas banyak bertembung dengan kesukaran dan kesilapan.

Hari ini, walaupun umurnya kian mencecah 77 tahun, dia tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menghentikan perniagaan ini.

Setelah gagal mendapatkan pekerjaan, dia mengambil keputusan untuk memulakan gerai mi.

“Saya bermula dengan tiada apa-apa. Saya belajar dengan memerhati penjual mi lain menjalankan perniagaan mereka.

Perlahan-lahan, saya belajar kemahiran  memasak mi dan menggunakannya dengan baik.  Lama-kelamaan, saya juga melakukan perubahan pada mi saya untuk membuatnya berbeza dari mi orang lain,” katanya.

Keistimewaan Mi masakan Tang

“Anda akan tahu perbezaannya ketika anda merasai mi masakan saya”.

“Ia agak mahal daripada mi lain tetapi saya pentingkan kualiti,” katanya.Semangkuk mi masakan Tang  adalah 20 sen lebih mahal berbanding gerai-gerai lain. Satu mangkuk kecil berharga RM 3 manakala untuk mangkuk besar pula RM 4.

Mi yang dibuat khas ini lazat, tidak melekit dan datang dengan kepingan daging nipis. “Proses penyediaan dagingnya adalah melecehkan dan memakan masa.

Tang dan ketiga-tiga anaknya

“Mereka yang lain hanya merebus daging itu, saya memanggangnya menggunakan arang yang memakan masa berjam-jam. Oleh itu rasanya lazat,” katanya.

Adalah menjadi perkara biasa untuk melihat pelanggan lelaki muda membeli dua mangkuk mi seorang.

Gerai Mi Tang telah bertahan selama lebih 50 tahun

Pelanggan-pelanggan setia Tang telah melanggan di gerainya sejak awal pembukaan gerai lagi, bahkan sebelum dia membuka gerai di Pasar Besar Sibu.

Kedai yang sebelum ini berada di Jalan Blacksmith di mana ia telah beroperasi selama 30 tahun. Pada tahun 1995, beliau berpindah ke Pasar Besar, lokasi yang baginya adalah lebih strategik.

“Tempat ini adalah lebih baik daripada yang  sebelumnya kerana saya terlindung dari hujan dan panas. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada majlis kerajaan tempatan untuk tempat yang indah ini,” katanya.

Tidak mempunyai waris untuk meneruskan perniagaan

Dua tahun yang lalu, Tang mengalami sakit yang serius dan terpaksa menutup gerai untuk sementara waktu.

Isterinya, yang dahulu selalu menolongnya di gerai,  telah meninggal dunia empat tahun yang lalu. Dia berharap salah seorang anaknya akan mengambil alih perniagaan daripadanya namun rancangan itu gagal.

Tang dan mendiang isterinya di kedai lama mereka

“Anak saya mendapati pekerjaan itu sukar dan tidak memberi ganjaran yang secukupnya, jadi dia memutuskan untuk kembali ke Singapura tempat dia bekerja dulu,” kata Tang.

Ditanya berapa lama dia meneruskan perniagaannya, dia menjawab, “Saya akan bekerja selagi keadaan mengizinkan, walaupun saya semakin dimamah usia.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker