Isu SemasaTempatan

Peserta Program Menentang Obesiti Bertambah Berat Badan

Kempen menentang obesiti yang dilancarkan di lima buah sekolah menengah di Sibu enam bulan lalu mendapati keputusan yang membimbangkan – 30% daripada 152 peserta telah mengalami peningkatan berat badan.

 

Empat puluh enam orang yang mengambil bahagian dalam kempen itu yang juga terbuka kepada orang ramai – mengalami peningkatan antara 1kg dan 7kg walaupun telah diberi ganjaran untuk menurunkan berat badan lapor The Star.

Ganjaran tunai untuk mengurangkan berat badan

Di bawah kempen “Fight Obesity for a Better Quality of Life”, mereka yang mengambil bahagian termasuklah pelajar Tingkatan Lima, guru dan orang ramai. Mereka mempunyai tempoh enam bulan bagi mengawal berat badan mereka. Selepas tempoh itu mereka kena mengukur indeks jisim badan mereka (BMI).

Mereka yang dapat menurunkan 4kg akan diberi ganjaran sebanyak RM40, RM30 untuk 3kg, RM20 untuk 2kg dan RM10 untuk 1kg.

30 Peratus peserta bertambah berat badan

“Bayangkan perasaan saya apabila kira-kira 30%  daripada mereka telah bertambah berat badan,” katanya dalam ucapannya pada majlis penutup program ini

Dr Hii  menerangkan 50%  daripada jumlah penduduk kini mengalami obesiti. “Telah terbukti menurunkan berat badan bagi beberapa peratus peserta yang signifikan adalah sebuah perkara yang sukar, walaupun terdapat insentif tunai,” katanya.

Mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah benar-benar berjaya menurunkan berat badan, Dr Hii berkata beliau berharap mereka akan terus mengekalkannya untuk mencegah penyakit yang berkaitan dengan obesiti. Beliau menggesa mereka yang mengalami penambahan berat badan untuk berusaha dengan lebih kuat kerana obesiti boleh menyebabkan penyakit jantung dan diabetes.

Tahun depan, Fasa 2 kempen tersebut akan dimulakan di Kuching, Bintulu dan Miri, dengan lima lagi sekolah akan dipilih bagi setiap lokasi.

Obesiti di Malaysia

Kira-kira 30 juta rakyat Malaysia berdepan masalah kesihatan yang membimbangkan apabila separuh daripada mereka mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, lapor The Malay Mail.

Hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan kelaziman obesiti dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun ke atas meningkat secara mendadak. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata antara punca obesiti  adalah ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga atau kalori dalam makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

“Oleh itu, kesedaran tentang pengambilan kalori amat penting supaya masyarakat akan lebih berhati-hati dalam hal pemakanan mereka,” katanya.

Kajian perubatan British, The Lancet pada tahun 2013 mendapati Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita tergolong dalam kategori obes.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker