Teknologi

Ahli Profesional Kewangan Hadiri Kelas Fintech Dalam Talian

Ahli profesional kewangan sedang menghadiri kursus pengajian teknologi kewangan dalam talian (fintech) untuk menangkis persaingan dan melangkaui gangguan lapor CNBC.

Kemungkinan besar sebab bagi peningkatan itu adalah kesedaran bahawa teknologi kewangan sedang melalui zaman perubahan yang penting.

Fintech banyak memberi kesan kepada peluang pekerjaan

Laporan Citigroup pada tahun 2016 menyebabkan perdebatan serius apabila dianggarkan bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang, antara 2 juta hingga 6 juta pekerjaan akan hilang dalam bidang perbankan di seluruh A.S. dan Eropah.

Hal ini disebabkan oleh automasi dan kecerdasan tiruan (Artificial Intelligence, AI), inovasi dan kebangkitan bank-bank yang lebih efisien dan menjimatkan kos. Santander InnoVentures, sebuah syarikat pakar dalam bidang fintech, menganggarkan penjimatan kos bagi bank-bank yang melaksanakan teknologi blockchain sebanyak $ 20 juta setahun menjelang 2022.

Insitusi pengajian tinggi terkemuka mengadakan kelas fintech

Institusi pendidikan yang berprestij juga terpaksa memikirkan pembaharuan dan cara-cara yang boleh diaplikasikan industri kewangan untuk meningkatkan kemahiran dan untuk mengatasi keadaan yang semakin teruk ini.

Pihak-pihak seperti Universiti Oxford dan Princeton kini menawarkan kursus dalam talian yang menyasarkan eksekutif perbankan yang sibuk dan berpangkat tinggi.

Penyedia perisian e-pembelajaran, Docebo melaporkan pendidikan dalam talian pada umumnya diramalkan akan berkembang sebanyak 5 peratus dalam dekad yang akan datang dan menjana lebih $ 240 juta menjelang tahun 2023.

LinkedIn juga telah menyertai sektor ini seawal tahun 2015, membeli syarikat pendidikan dalam talian Lynda dengan harga $ 1.5 juta. Lynda mempunyai kursus kewangan dan teknologi, termasuk yang bertujuan untuk membantu eksekutif perniagaan menerapkan teknologi ke dalam firma mereka.

Sementara itu, syarikat permulaan Afrika Selatan GetSmarter telah memanfaatkan trend ini dan merupakan pembekal perisian dan kampus dalam talian untuk kursus fintech yang diadakan di sekolah Perniagaan Said di Oxford University.

Ketika permulaan program ini pada pertengahan Oktober lalu, hampir 1,000 orang dari seluruh 71 negara telah mendaftar, dengan satu pertiga dapada mereka yang berdaftar berasal dari UK.

Kebanyakan pelajar merupakan golongan profesional kewangan

Peserta program ini datang dari pelbagai latar belakang yang menarik. Kira-kira tiga per empat peserta sedang bekerja dalam perkhidmatan kewangan, separuh daripada bilangan ini mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman industri.

Lebih separuh pelajar ialah pemimpin-pemipin syarikat, kebanyakan mereka megang jawatan seperti pengarah urusan. Kebanyakan  dari mereka juga bekerja di bank-bank terbesar di dunia, seperti  Bank of America, Barclays, CitiBank, Deutsche Bank, HSBC, Standard Chartered dan UBS.

Ulasan Universiti Oxford

Peter Tufano, dekan di Sekolah Perniagaan Said Oxford, memberitahu CNBC: “Fintech adalah sebuah fenomena yang penting, menarik dan pantas bergerak. Kerjasama kami dengan rakan-rakan perniagaan dari seluruh dunia, para pengamal bidang kewangan, dan GetSmarter, membolehkan kami menawarkan sesuatu yang terkini dan berguna bukan hanya untuk peserta program, malah dunia. “

Forum pelajar dalam talian yang mengikuti  kursus dari Oxford University menunjukkan bahawa topik utama perbualan adalah matawang krypto bedfellows bitcoin dan eter. Topik-topik lain bagi pelajar-pelajar ini, termasuklah beberapa orang pemegang jawatan  eksekutif, mungkin impak blockchain terhadap industri kewangan atau perkhidmatan terbaik kepada pengguna terkini yang sering berubah menggunakan kecerdasan tiruan (AI) dan teknologi data besar.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker