AntarabangsaIsu Semasa

Afghanistan Akan Sekat Perkhidmatan WhatsApp, Telegram

Pengawal telekom Afghanistan menulis kepada penyedia perkhidmatan internet minggu ini, memerintahkan mereka untuk menyekat perkhidmatan pesanan WhatsApp dan Telegram. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan internet belum menjelaskan sama ada mereka telah mematuhi arahan itu atau pun tidak.

Penggunaan media sosial dan perkhidmatan pemesejan segera mudah alih telah meningkat di Afghanistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pengguna media sosial dan kumpulan hak sivil memberikan reaksi negatif kepada laporan awal gerakan itu dan surat yang dikirimkan oleh pengawal telekomunikasi ATRA telah banyak ditularkan di media sosial.

Beberapa laporan media berkata langkah itu telah diperintahkan oleh Direktorat Keselamatan Negara untuk menggagalkan penggunaan perkhidmatan pesanan yang disulitkan oleh kumpulan Taliban dan kumpulan pemberontak lain.

Menteri Telekomunikasi, Shahzad Aryobee, menyiarkan mesej di Facebook dengan mengatakan bahawa pengawal telekomunikasi telah diperintahkan untuk menyekat perkhidmatan itu secara beransur-ansur.

“Kerajaan komited untuk kebebasan bersuara dan tahu bahawa ia adalah hak sivil asasi bagi rakyat,” tulisnya.

kira-kira 1 bilion orang menggunakan WhatsApp setiap hari, menjadikannya aplikasi yang berpengaruh di seluruh dunia

Surat pengawal selia telekomunikasi ATRA, bertarikh 1 November dan ditandatangani oleh seorang pengawal selia, telah mengarahkan syarikat internet untuk menyekat perkhidmatan WhatsApp danTelegram “tanpa penangguhan” selama 20 hari.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Reuters, perkhidmatan itu masih berfungsi pada minggu ini dan masih boleh digunakan seperti biasa.

Perkhidmatan telefon mudah alih telah menjadi salah satu kisah kejayaan besar di Afghanistan sejak Taliban digulingkan dari kuasa oleh kempen yang diketuai A.S. pada tahun 2001, tetapi terdapat juga keluhan yang kerap dari pengguna mengenai kualiti dan liputan.

WhatsApp dan perkhidmatan yang serupa, termasuk Facebook Messenger dan Viber, digunakan secara meluas oleh ahli politik Afghanistan dan ahli-ahli kerajaan. Perkidmatan itu juga turut digunakan oleh Taliban, yang mempunyai rangkaian operasi media sosial yang canggih.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker