Teknologi

Razer Keluarkan Telefon Untuk ‘Gamers’

Pengeluar aksesori permainan video terkenal, Razer, akan melancarkan telefon pintar mereka yang pertama hujung November ini.

sumber imej – Vlad Savov / The Verge

Razer Phone dibina khas bagi pengguna yang ingin bermain permain video di dalam Android dengan spesifikasi yang terbaik.

Telefon ini dilengkapi processor Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 dan 8GB RAM beserta fungsi kadar refresh boleh ubah membuatkan telefon ini sesuai untuk permainan video bergrafik tinggi.

Selain itu, terdapat 2 stereo speaker yang dilengkapi di bahagian hadapan yang memberikan kesan bunyi yang jelas dan padu. Namun tiada audio jack dilengkapi pada phone ini. Tetapi, Razer masih memberikan adapter bagi pengguna yang ingin menggunakan fon kepala

Razer Phone didatangkan dengan 64GB storan dan boleh ditingkatkan sehingga 256GB bagi membolehkan pengguna memuat turun lebih banyak permainan video.

sumber imej – Vlad Savov / The Verge

Skrin 5.7 inci 120 Hertz skrin pada telefon ini memberikan paparan yang jelas dengan warna yang terang. Terdapat dual kamera 12MP dilengkapi di bahagian belakang dan 8MP kamera di bahagian depan.

sumber imej – GSMArena

Kelebihan telefon ini adalah ia dibina khusus untuk permainan video bergrafik tinggi dengan keupayaan bermain dengan lebih lancar. Telefon ini juga mampu menyokong aplikasi emulator bermain permainan video seperti Playstation 1 (PS1) dan Playstation Portable (PSP) tanpa sebarang masalah.

Telefon pintar ini mampu bertahan sehingga 6 – 5 jam permainan tanpa henti dengan bateri 4000 mAh-nya. Namun, dengan fungsi cas pantas, telefon ini mampu mengecas sehingga 50% dalam 15 minit.

Razer Phone akan berada di pasaran dengan harga US$700 dan masih tiada harga yang ditetapkan di dalam pasaran Malaysia.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker