Sukan

McGregor Sasar Lepasi Ronaldo

Lupakan perlawanan sangkar, tinju dan gelaran dunia – matlamat Conor McGregor yang berasal dari Ireland itu selepas ini adalah untuk membina sebuah empayar kewangan yang lebih besar daridapa pemain kelab bolasepak Real Madrid, Christiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling tinggi di dunia.

Juara UFC lightweight yang berumur 29 tahun itu memberitahu Reuters mengenai cita-citanya itu di dalam satu temubual eksklusif sebelum tayangan perdana filem “Notorious”, sebuah filem dokumentari yang menceritakan kebangkitannya daripada seorang tukang paip yang tidak berduit, kepada menjadi wajah untuk salah satu sukan yang paling cepat berkembang di dunia.

 

 

Di dalam filem itu, McGregor tidak segan memberitahu impian yang mendorong beliau untuk menjadi juara UFC sebanyak 2 kali, serta berlawan dengan jaguh tinju yang masih belum pernah tewas, Floyd Mayweather di hadapan jutaan penonton. Namun begitu, sasarannya pada masa ini adalah untuk mengumpul wang.

“Awak tahu, saya mengimpikan untuk mencapai ke tahap ‘billy’ itu, sejujurnya,” ujar beliau. “Saya sedang menuju ke tahap billion dolar itu.”

“Ronaldo di tempat pertama pada tahun lepas, saya di tempat ke 24…dengan nilai $34 juta,” tambah McGregor ketika memberitahu yang beliau mendapat $140 juta daripada perlawanannya menentang Mayweather, di mana beliau tewas pada pusingan ke-10 dengan teknikal kalah mati.

 

 

“Tahun depan, jika diteruskan begini, Floyd akan menjadi nombor 1, saya akan menjadi nombor 2, dan Ronaldo akan berada di tempat ketiga (di dalam senarai Forbes). Jika saya berlawan satu atau dua kali lagi, saya akan mendahului beliau (Mayweather),” tambah Mcgregor.

“Jadi itu lah matlamat saya pada masa ini – nombor 1, atlet yang dibayar paling tinggi Forbes 2018, menuju ke tahap bilion dolar, dan teruskan dari sana.”

Katanya, beliau akan melihat untuk bersama-sama mempromosikan perlawanan akan datang bersama-sama degnan UFC dan juga mendapatkan saham di dalam syarikat itu — sesuatu yang belum pernah berlaku di dalam syarikat yang sangat cenderung untuk mengawal pahlawannya secara kuku besi.

“Ia sudah semestinya sesuatu yang saya cari. Saya mahukan kesamarataan di dalam syarikat, saya mahu menjadi sebahagian daripada syarikat ini…ianya masuk akal, tetapi kita lihat dahulu. Kami masih diperingkat rundingan.”

McGregor yang tidak pernah berlawan di dalam arena sejak menewaskan Eddie Alvarez dan merangkul gelaran UFC lightweight setahun lalu, dilihat begitu bersemangat apabila bercakap mengenai perniagaan P Diddy dan merangka rancangannya sendiri untuk membina empayar kewangan yang serupa.

“Tahukah anda P Diddy tidak membuat lagu? Nilainya adalah $750 juta. Selebriti yang dibayar paling tinggi, rapper yang dibayar paling tinggi, berturut-turut selama bertahun-tahun. Dia tidak membuat muzik langsung, dia membuat vodka. Kami akan mengikut formula ini,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker