AntarabangsaIsu Semasa

Bidan Adalah Wirawati Kemboja

Kemboja adalah salah satu daripada sembilan negara yang telah berjaya mencapai Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa  Bersatu (PBB) bagi mengurangkan kadar kematian ibu sekurang-kurangnya kepada 75% menjelang 2015, dan telah mencapai 84% di antara tahun 1990 dan 2015.

Pada tahun 2005, Kemboja mempunyai nisbah kematian ibu iaitu 472 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran, tetapi menjelang 2010 ia telah dikurangkan sebanyak 206 dan kini angkanya hanya 161, menurut data daripada PBB.

Tulang belakang kemajuan

Kebanyakan daripada kemajuan tersebut adalah disebabkan pelaburan dalam perkhidmatan kesihatan yang  memberi akses untuk mereka yang tidak mampu kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti termasuk kesihatan reproduktif dan kesihatan ibu, serta bidan yang terlatih di kawasan luar bandar.

Bidan merupakan tulang belakang tenaga kerja kesihatan untuk ibu dan anak mereka, kata Lene Christiansen, wakil Dana Populasi PBB Kemboja.

Sistem penjagaan kesihatan Kemboja telah dibina semula selepas kemusnahan kemudahan dan kakitangan oleh rejim Khmer Rouge pada tahun 1970-an.

Berikutan pilihan raya pada tahun 1993, kerajaan mula membina semula sistem penjagaan kesihatan dengan bantuan daripada badan bukan kerajaan.

Pada tahun 2005, apabila Kemboja mengalami nisbah kematian ibu yang tertinggi di dunia, kerajaan mula mengkaji semula sistem bidan dan memperbaiki kurikulum itu.

Mereka memperluaskan latihan, meningkatkan gaji dan memberi insentif dengan menawarkan bidan sebanyak $10 (RM42) untuk setiap kelahiran di hospital dan $15 (RM63) untuk setiap kelahiran di pusat kesihatan.

Kerajaan telah memberi tumpuan untuk meningkatkan lebih ramai bidan di dalam sistem, memberi latihan kepada mereka dan menghantar mereka ke kawasan pedalaman di mana kematian ibu bapa dan bayi baru lahir adalah yang tertinggi.

Perawat kelahiran tradisional digalakkan untuk bekerjasama dengan bidan yang terlatih dan bidan pula digalakkan untuk mengambil peperiksaan perkhidmatan awam untuk kelulusan dan kadar bayaran yang lebih tinggi.

“Saya menjadi bidan kerana keluarga saya menggalakkan saya, dan kerajaan memberi saya biasiswa,” kata Heng Sokna.

“Bidan dihormati oleh masyarakat, dan saya berasa berguna apabila membantu wanita lain,” katanya.

Pada tahun 2010, kerajaan melancarkan Dana Ekuiti Kesihatan yang dibiayai sebahagiannya oleh agensi bantuan yang membolehkan golongan miskin untuk membayar perkhidmatan kesihatan, termasuk kelahiran yang selamat di pusat kesihatan.

Kini ia dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dan meliputi lebih daripada 3 juta penduduk Kemboja, lapor Reuters.

Kemboja sekarang mempunyai kira-kira 250 bidan di setiap wilayah, serta dua atau tiga bidan di setiap pusat kesihatan.

“Kebanyakan kematian ibu berlaku kerana wanita tidak mendapati antenatal atau postnatal yang betul disebabkan mereka tidak dijaga oleh perawat yang terlatih serta tidak mendapat pertolongan dengan cepat,” kata Kimsu Pairun, pengarah kesihatan di wilayah Kampong Cham.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker