Gaya HidupPercutian

Tamatnya Perkhidmatan Kapal Terbang Boeing 747

Dunia penerbangan kini dilanda rasa nostalgia. Hal ini kerana salah satu pesawat ikoniknya – pesawat mewah Boeing 747 telah bersara dari industri penerbangan.

Selepas Eva Air, Singapore Airlines dan Qantas, syarikat penerbangan Amerika Syarikat, United Airlines telah mengadakan parti persaraan yang menandakan berakhirnya era perkhidmatan Boeing 747 lapor AFP Relax News.

Penghormatan diberikan kepada perkhidmatan berdekad-dekad Boeing 747

Untuk prkhidmatannya yang terakhir pada 12 Oktober lalu, United Airlines telah membawa penumpang kembali ke masa lampau dengan penerbangan perpisahan yang mencipta semula perjalanan sulung penerbangan pesawat 747 tersebut dari San Francisco ke Honolulu pada tahun 1970.

Para tetamu akan disambut oleh anak kapal berpakaian seragam retro beserta menu dalam penerbangan yang diilhamkan era 1970-an. Hiburan di dalam penerbangan tersebut juga akan kembali kepada zaman seluar bell-bottom, persembahan-persembahan, drama-drama era 70 an dan muzik disko.

Selepas perayaan di pintu penerbangan, kapal terbang tersebut telah berlepas meninggalkan San Francisco pada jam 11 ​​pagi waktu tempatan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Honolulu pada jam 2.45 petang tempatan.

Delta juga sedang mengucapkan selamat jalan kepada Boeing 747 yang telah menjalankan penerbangan terakhirnya dari Tokyo Narita ke Honolulu pada akhir bulan lepas.

Boeing 747 telah banyak berjasa

Syarikat pengangkutan itu menghantar dua kapal terbang 747 ke Orlando pada 8 Sept lalu untuk membantu  dalam usaha-usaha pemindahan akibat Taufan Irma.

Delta menjangka akan menamatkan baki kapal terbang 747 yang tinggal  dalam kumpulan kapal  terbangnya menjelang akhir tahun ini.

Kapal terbang-kapal terbang Boeing 747 yang dihentikan perkhidmatannya akan dihantar ke ‘perkuburan kapal terbang’, seterusnya menjadi peninggalan usang dalam industri yang pantas berubah. Hal ini kerana ia sedang digantikan oleh model-model yang lebih moden dan cekap seperti Dreamliner dan Airbus A350.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker