AntarabangsaIsu Semasa

Penjagaan Kesihatan Haiwan ‘Warga Emas’ Di Singapura

Terletak di dalam hutan simpan, Zoo Singapura menempatkan ribuan haiwan, daripada orangutan sehingga kubung, dan ia dianggap sebagai salah satu taman hidupan liar yang terbaik di rantau Asia.

Seperti manusia, populasi haiwan di negara-negara maju dikatakan mampu hidup lebih lama, namun ia memerlukan sumber penjagaan kesihatan yang banyak, dan pakar memberi amaran bahawa penjagaan haiwan di Asia tidak mempunyai sumber yang cukup untuk menangani perkara ini.

“Segelintir zoo mempunyai persediaan yang cukup untuk ini,” kata Dave Neale, Pengarah Kebajikan Animals Asia.

Walau bagaimanapun, Neale menyatakan bahawa rantau Asia masih berada di belakang negara-negara barat dalam menangani masalah ini.

“Sekiranya seekor haiwan itu masih hidup hingga ke usia tua, ia mungkin akan merana dalam persekitaran yang tidak bersesuaian dengannya kerana kekurangan kemahiran dan pengetahuan yang ada,”

Memetik laporan The Star, Zoo Singapura merupakan salah satu daripada sesetengah zoo di Asia yang mempunyai inisiatif untuk menangani masalah tersebut.

Zoo itu telah memperkenalkan program haiwan senior, di mana haiwan-haiwan yang dilanjut usia diberi diet yang khas serta lawatan yang kerap oleh doktor haiwan, antaranya.

Program tersebut dimulakan pada tahun ini dan kira-kira 100 ekor haiwan telah didaftarkan.

Haiwan-haiwan yang berdaftar pula dikehendaki untuk mencapai kira-kira 80% jangka hayat semula jadi mereka sebelum dianggap layak.

Salah satu haiwan yang terlibat dalam program ini adalah seekor harimau bintang berumur 18 tahun yang diberi nama Kima.

Menurut badan amal Big Cat Rescue ,harimau bintang pada kebiasaannnya akan hidup sehingga usia 10 hingga 15 tahun di zoo, dan hanya kira-kira 6 tahun di alam liar.

Penjaga-penjaga zoo menyatakan bahawa Kima mempunyai masalah untuk menangkap makanan yang diberi kepadanya, dan hasil pemeriksaan mengesahkan haiwan itu perlu menjalani pembedahan untuk membuang katarak.

“Di dalam zoo, pemanga tidak wujud dan sentiasa terdapat makanan untuk dimakan, jadi mereka (haiwan) cenderung untuk hidup lebih lama berbanding di alam liar,” kata Luis Carlos, yang bekerja untuk pengendali zoo di Wildlife Reserves Singapore.

Tetapi, ini juga bermakna bahawa haiwan tersebut boleh mengalami masalah kesihatan yang tidak selalu dilihat pada haiwan-haiwan liar di luar sana.

Selain itu, terdapat juga haiwan-haiwan lain yang sudah dilanjut usia, dan seekor beruang kutub bernama Inuka, 26, adalah salah satu daripadanya.

Namun, Inuka mengalami penyakit athritis dan masalah pendengaran, dan hari-harinya akan dimulakan dengan pemeriksaan yang dijalankan oleh penjaganya dan seorang doktor haiwan, yang memeriksa gaya hidup, gigi dan juga tindak balasnya terhadap arahan.

Awal tahun ini juga, golongan pakar dibawa masuk untuk melaksanakan pembedahan katarak ke atas seekor orangutan berusia 60 tahun bernama Jojo, yang telah buta satu mata dan turut mempunyai masalah pendengaran.

Tetapi, seorang penjaga zoo, Mohan Ponichamy menegaskan bahawa keputusan sukar perlu diambil dalam menjaga haiwan-haiwan yang sudah berusia.

Baru-baru ini, pasukannya terpaksa mematikan seekor harimau putih yang merana akibat kanser kulit dan degenerasi sendi.

“Sebagai seorang manusia, anda berasa sedih tetapi kita perlu membuat keputusan yang terbaik untuk haiwan itu,” kata Ponichamy.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker