Gaya HidupKesihatanMakan & Minum

6 Tabiat Pemakanan Yang ‘Kotor’

Selama tiga dekad, saintis makanan dan profesor di Clemson University, Paul Dawson, telah mempelajari bagaimana tabiat pemakanan dapat meningkatkan penyebaran bakteria dalam sistem manusia.

Menurut sebuah laporan oleh CNN, setiap tahun, Dawson dan sekumpulan pelajar sarjana dan siswazahnya menubuhkan sebuah projek penyelidikan yang berkaitan dengan tabiat pemakanan dan kemudian menyatakan kuantiti bakteria yang telah disebarkan.

Walaupun kebanyakan orang tidak jatuh sakit daripada sedikit bakteria yang biasa ditemui dalam makanan, atau ketika mengendalikan makanan, daripada enam tabiat kotor ini, mana satu yang biasa anda lakukan?

1. PERATURAN 5-SAAT

Hampir semua orang melakukan perkara ini. Kalau ada kuih atau gula-gula yang jatuh ke lantai, dan dikutip dalam masa 5 saat, anda rasa ia masih boleh dimakan? Jawapannya, mungkin… Ia bergantung kepada jenis makanan, jenis permukaan lantai serta jenis dan jumlah bakteria.

Makanan kering yang terjatuh di atas permukaan keras yang kelihatan bersih tidak memindahkan banyak bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan. Tetapi makanan basah yang terjatuh di atas permukaan karpet?… Lebih baik buang sahaja!

2. DOUBLE-DIPPING

Double dippping adalah apabila kita mengigit keropok dan mencicahkannya ke dalam sos. Dawson dan kumpulannya menguji jumlah pemindahan bakteria ketika double dip ke dalam tiga jenis sos iaitu salsa, coklat cair dan keju.

Sekali lagi, bergantung kepada jenis sos, populasi bakteria yang lebih tinggi didapati selepas double dipping. Walaupun terdapat sedikit pemindahan bakteria dalam coklat dan keju yang dicairkan, terdapat pemindahan lima kali lebih banyak dalam salsa.

Ia adalah kerana keropok yang telah digigit dan dicicah dalam salsa mungkin tidak memegang semua cebisan salsa, dan ia jatuh kembali di dalam mangkuk dan membawa bakteria mulut sekali.

3. BERKONGSI POPCORN DI PAWAGAM

Perkara ini tidak begitu teruk. Selepas Dawson dan kumpulannya menyebarkan bakteria E.coli yang tidak berjangkit ke tangan subjek dan meminta mereka berkongsi semangkuk popcorn, mereka mendapati bahawa kadar pemindahan adalah minimum, iaitu kurang daripada 1%.

4. MENIUP LILIN KE ATAS KEK HARI JADI

“Jumlah bakteria berbeza bagi setiap orang dan ia berdasarkan bagaimana seseorang itu meniup lilin mereka,” kata Dawson.

Menurut penyelidikan Dawson, meniup lilin ke atas lapisan aising mengakibatkan kenaikan 1,400 peratus, atau 15 kali lebih banyak bakteria berbanding dengan lapisan aising yang tidak ditiup lilin.

5. AIR DENGAN LEMON (ATAU BUAH LAIN)

Dawson menguji kadar pemindahan bakteria antara tangan dan ais dengan hirisan lemon basah dan kering.

Peserta ujian menyalut tangan dan ais dengan E.coli yang tidak berjangkit dan kemudian mengaup ais dan mengendalikan kepingan lemon. Seratus peratus bakteria dipindahkan ke hirisan lemon basah manakala hanya 30 peratus dipindahkan ke kepingan kering. Secara purata, 19 peratus daripada bakteria di tangan dipindahkan ke ais, manakala 66 peratus bakteria pada ais dipindahkan.

7. MENU

Biasanya, perkara pertama yang diberikan oleh pelayan restoran setelah duduk adalah menu. Sebelum anda terkejut, ingatlah bahawa sedikit bakteria tidak berbahaya dan ia berlaku secara semula jadi. Tetapi Dawson dan kumpulannya mendapati bahawa bakteria dipindahkan hanya dengan mengendalikan menu. Pada waktu yang lebih sibuk, ia menghasilkan bakteria yang lebih tinggi.

Secara keseluruhannya, Dawson berkata hari ke hari, jika anda menjaga kebersihan dapur dan mematuhi tahap kebersihan asas, tidak ada masalah dengan sedikit bakteria.

“Kajian-kajian ini bukan masalah keselamatan makanan yang sangat besar, tetapi ia menarik dan menyeronokkan, saya harap ia membuat orang sedar tentang kebersihan yang baik,” katanya. “Tetapi saya tidak mahu sesiapa menjadi germophobe (seorang yang takut kepada kuman dan obses dengan kebersihan) tentangnya.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker