AntarabangsaIsu Semasa

Siapa Sebenarnya Suspek Serangan New York?

Pihak polis telah mendedahkan wajah suspek bernama Sayfullo Habibullaevic Saipov yang melakukan  serangan keganasan di New York baru-baru ini.

Memetik laporan Reuters, Saipov telah merempuh orang awam yang berada di laluan pejalan kaki dan basikal berhampiran Hudson River, New York pada hari Selasa dengan menggunakan sebuah trak yang disewa,

Tragedi berdarah itu mengorbankan 8 nyawa, termasuk 5 orang rakyat Argentina dan seorang warga Belgium manakala lebih daripada 12 orang mangsa turut tercedera.

Pihak berkuasa berkata, Saipov telah ditembak oleh polis dan mengalami cedera di bahagian perut, dan dia berjaya ditangkap selepas trak yang dipandu olehnya bertembung dengan sebuah bas sekolah.

Berikut adalah beberapa maklumat tentang suspek menurut beberapa laporan media antarabangsa:

  • Saipov merupakan seorang warga Uzbekistan berusia 29 tahun dan telah berpindah ke Amerika Syarikat (AS) secarah sah pada tahun 2010.
  • Menurut Uber yang sedang membantu siasatan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), suspek bekerja sebagai pemandu syarikat itu apabila berjaya melepasi pemeriksaan latar belakang.
  • Difahamkan, dia menetap di Tampa, Florida, tetapi pada masa yang sama mungkin juga menetap di New Jersey,  di mana Saipov dilaporkan telah menyewa sebuah trak di sana dalam sekitar jam 2 petang sebelum melakukan serangan kira-kira sejam kemudian.
  • Laporan menyatakan bahawa suspek telah memandu sejauh 14 blok sebelum berlanggar dengan sebuah bas sekolah, dan kemudian keluar daripada trak itu dengan memegang dua senapang replika.
  • Polis telah menembaknya di bahagian perut, namun Saipov dijangka akan terus selamat susulan rawatan dan pembedahan yang diberikan.
  • Kobilijon Matkarov, seorang rakan suspek yang bertemu dengannya 5 tahun lalu di Florida memberitahu agensi berita NBC bahawa Saipov “bukan seorang pengganas”, sambil menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang telah berbahagia mendirikan rumah tangga yang “gemar dengan Amerika.”
  • Memetik laporan The Washington Post pula, seorang lagi kenalan suspek, Dilnoza Abdusamatova berkata, Saipov telah duduk bersama keluarganya di Cincinnati dalam dua minggu pertama ketika baru sahaja sampai ke AS memandangkan ibu bapa mereka adalah rakan.
  • Tetapi, keluarga Abdusamatova tidak berhubung dengan suspek selepas dia berpindah ke Florida untuk menubuhkan sebuah syarikat trak.
  • CNN melaporkan suspek telah meninggalkan nota di traknya, di mana Saipov berkata (menerusi nota itu), dia telah bersumpah taat setia dengan kumpulan militan IS dan melakukan serangan itu di atas nama mereka.
  • Walau bagaimanapun, Gabenor New York, Andrew Cuomo menyatakan bahawa serangan tersebut dilakukan oleh seorang “lone wolf”, di mana suspek tidak tergolong dalam rangkaian pengganas dan melakukan serangan itu secara solo.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker