Isu SemasaTeknologiTempatan

Ramai Kanak-Kanak Bawah Umur 13 Tahun Guna Media Sosial

Lebih ramai ibu bapa di Malaysia telah menolong anak-anak mereka yang di bawah umur untuk membuka akaun media sosial walaupun laman web tersebut tidak membenarkan akses kepada mereka yang di bawah umur 13 tahun.

Selain daripada diminta oleh anak-anak mereka untuk membuka akaun, ibu bapa merasakan media sosial adalah salah satu cara untuk anak mereka berhubung dengan rakan-rakan mereka.

Sebuah tinjauan daripada Cybersecurity Malaysia (CSM) mendapati bahawa setengah daripada pelajar yang berumur antara tujuh dan sembilan tahun mempunyai akaun media sosial.

Angka in meningkat kepada 67% untuk kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun.

Kanak-kanak ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon, mungkin dibantu oleh ibu bapa, kakak atau abang mereka.

Beliau menyarankan ibu bapa dan penjaga untuk tidak membenarkan anak mereka menggunakan media sosial disebabkan umur mereka yang terlalu muda yang mudah terdedah kepada orang yang tidak dikenali.

Ia membuatkan mereka menjadi sasaran yang senang apabila ibu bapa membenarkan mereka menggunakan media sosial.

CSM, di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi membuat tinjauan lebih daripada 8,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara tahun lepas.

Ketua eksekutif CSM, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata tinjauan tersebut mendapati hampir 60% daripada mereka yang berumur 10 dan 12 tahun menghabiskan sejam atau dua jam di media sosial.

Hampir semua daripada peserta yang ditinjau (92%), yang berumur antara 13 dan 17 tahun mempunyai akaun media sosial. Hampir 7%  dalam kumpulan umur ini akan menghabiskan tujuh atau lapan jam di atas talian.

Sesetengah ibu bapa tidak berasa ragu-ragu apabila membenarkan anak mereka munggunakan media sosial. Terdapat juga ibu bapa yang bangga berkongsi akaun media sosial anak mereka.

Tetapi ramai ibu bapa tidak sedar bahawa media sosial boleh membawa keburukkan seperti buli siber dan kemurungan.

“Media sosial boleh menyebabkan huru-hara kerana sukar untuk kanak-kanak mengendalikannya menggunakan emosi yang betul,” kata timbalan presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj.

Tambahnya lagi, membenarkan kanak-kanak menghabiskan masa di media sosial adalah berbahaya, terutamanya mereka yang berumur 13 ke bawah.

Media sosial memberi kesan kepada perkembangan emosi kerana pengguna tidak lagi merasakan mereka perlu meluangkan masa untuk berinteraksi di dunia nyata.

Yang lebih memburukkan adalah media sosial mendedahkan mereka kepada manipulasi dan pemaksaan di mana mereka masih dalam proses mempelajari untuk membuat keputusan yang baik.

Andrew berkata, ibu bapa perlu tahu cara media sosial digunakan dan memimpin melalui teladan. Beliau mencadangkan ibu bapa untuk lebih bijak mengetahui seting keselamatan sebelum membenarkan anak mereka menggunakan akaun media sosial.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker