AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Perancis Berarak Untuk Menentang Penderaan Seksual

Wanita perancis membantah penderaan  serta gangguan seksual pada hari Ahad lepas di 11 bandar Perancis dengan menggunakan sepanduk #MeToo, berikutan tuduhan yang semakin meningkat terhadap Harvey Weinstein.

Carol Galand, seorang wartawan bebas yang menganjurkan demonstrasi tersebut, memberitahu The Associated Press bahawa pergerakan ini juga penting di luar media sosial.

“Sesetengah wanita tidak mempunyai kekuatan untuk mengendalikan serangan yang mereka telah hadapi. Jadi mereka perlu bergabung bersama, kerana apabila kita bergabung, kita lebih kuat,” katanya.

Di Paris, beberapa ratus orang membantah pada hari Ahad di Plaza Republic. Sesetengah daripadanya melaungkan “Penyerang penipu” dan memegang sepanduk yang mengatakan “Saya tidak akan berdiam diri” dan “Hormati wanita.” Ramai juga memegang sepanduk dengan moto #MeToo.

“Sangat penting bagi kita untuk membuat suara kita didengari sebagai wanita, kerana kita tidak sama (status),” kata pelajar Amerika, Brook Djayan, 25. “Di Perancis, di Amerika Syarikat, di mana-mana, kita benar-benar tidak sama dan saya fikir ia penting untuk kita keluar dan berkata begitu. “

Tara Bomberg, seorang pelajar berusia 21 tahun, berkata dia banyak mengembara dan menyedari masalah ini berlaku di mana-mana sahaja, termasuk di Perancis.

“Ke mana sahaja anda pergi, anda akan menerima kata-kata (tidak baik) terhadap anda atau apabila anda berada di kelab malam seseorang akan cuba menyentuh anda, atau lebih teruk lagi. …Ini adalah masalah besar dan setiap wanita yang saya kenal telah berada dalam situasi seperti ini, “katanya.

Statistik Perancis menunjukkan bahawa lebih 80,000 wanita dewasa telah mengalami rogol atau cubaan rogol setiap tahun di negara itu tetapi hanya 10 peratus daripada mereka telah membuat aduan.

Kerajaan Perancis minggu lalu mencadangkan satu rang undang-undang, di mana tindakan menggangu wanita di negara itu akan dijadikan sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum dengan bayaran denda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker