Isu SemasaTempatan

Program ETA Fulbright Dilanjutkan Sehingga 2020

Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris Fulbright (ETA) yang bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar-pelajar di Malaysia dalam bahasa Inggeris, akan dilanjutkan hingga 2020. Melalui ETA, 100 orang penerima biasiswa Fulbright dari Amerika akan dipilih dan ditempatkan di sekolah-sekolah luar bandar terpilih Malaysia untuk tempoh tiga tahun.

Menurut Thestar, setiap tahun, kira-kira 40,000 pelajar mendapat manfaat daripada program yang menyediakan graduan kolej Amerika untuk mengajar bahasa Inggeris di Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Program ETA Fulbright, yang bermula di Malaysia pada tahun 2005 dengan hanya 15 sukarelawan, menjadi program persekutuan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Malaysia selepas pertemuan antara Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010.

Setiap tenaga pengajar ETA akan ditempatkan selama tiga tahun di setiap kawasan terpilih dan mereka juga berpeluang merasai sendiri pengalaman hidup di bandar kecil atau kampung serta memupuk hubungan persefahaman antara budaya dengan masyarakat setempat.

tenaga pengajar ETA bersama pelajar

Pelajar-pelajar yang terlibat akan lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris selepas menyertai program tersebut kerana program ini adalah berdasarkan pembelajaran melalui aktiviti. Apabila mereka menikmatinya, kemahiran mereka juga bertambah baik.

Cara terbaik untuk belajar Bahasa Inggeris adalah menjadikannya sebahagian daripada kehidupan pelajar. Guru-guru juga mendapat manfaat daripada pengajaran bersama tenaga pembantu ETA kerana mereka menyanyi bersama dan mengambil bahagian dalam aktiviti bersama pelajar.

ETA dipilih melalui persaingan tahunan yang ketat di kalangan graduan universiti yang cemerlang di Amerika. Mereka ditugaskan ke sekolah selama 10 bulan di mana mereka bekerja di bawah pengawasan guru Malaysia yang berkelayakan untuk menambah baik pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.

Mereka juga bertanggungjawab untuk mengurus kelab sekolah, pasukan sukan, kem bahasa Inggeris dan aktiviti kokurikulum yang lain, yang bertujuan untuk membantu pelajar mengembangkan minat dan keupayaan mereka menggunakan bahasa Inggeris.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker