Isu SemasaTempatan

Dadah Semurah RM5 Tarik Minat Pelajar

Pelajar sekolah dan universiti membeli dadah semurah RM5 bagi membantu mereka lebih fokus dan lebih terjaga ketika menghadapi peperiksaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata apa yang membimbangkan adalah trend ini semakin meningkat disebabkan dadah jenis kokain, heroin dan ganja dijual dengan mahal dan tidak mampu dimiliki oleh pelajar.

“Statistik menunjukkan bahawa 73% daripada mereka positif menggunakan ATS (Amphetamine Type Stimulants) kerana dadah tersebut lebih murah daripada kokain atau heroin,” katanya, sambil menambah bahawa kebanyakan daripadanya merupakan pelajar universiti.

“Bagi pelajar sekolah dan universiti, mereka biasanya menggunakan dadah ATS untuk menghadapi peperiksaan disebabkan tidak melakukan persediaan. Jika mengambil dadah itu, mereka dapat bertahan semasa mengulang kaji pada saat akhir,” katanya.

Antara pilihan pil ATS adalah pil ecstacy dan amphetamin, laporĀ The Star.

Pada tahun 2013, lebih kurang 1,222 pelajar telah didapati positif ATS manakala pada tahun 2014 ia meningkat kepada 1,662, dan kepada 1,938 pada tahun seterusnya.

“Jika dadah seperti itu diambil selama tujuh minggu, ia mengambil masa sehingga 7 tahun bagi proses pemulihan.”

“Dan walaupun begitu, mereka tidak akan pulih sepenuhnya,” kata Jazlan.

Nur Jazlan, yang juga ketua Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (Pemadam), berkata beliau juga berharap untuk mendapatkan semua universiti awam untuk menubuhkan persatuan Pemadam.

“Kami memberikan informasi dan bahan-bahan, dan pelajar terbabit akan menjadi aktivis kami untuk menyebarkan informasi tentang bahaya dadah,” katanya.

Nur Jazlan berkata, pelajar universiti yang menjadi aktivis akan diberikan ganjaran dalam bentuk jam kredit daripada universiti mereka bagi mempromosikan usaha ini.

Tambahnya lagi, usaha diperlukan untuk menangani masalah dadah di kawasan ‘hotspot’ di kawasan perumahan, kawasan perkampungan nelayan dan penempatan Felda, dan banyak lagi.

“Dadah ATS dikesan tinggi penggunaannya di kawasan rumah mampu milik terutama di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Begitu juga tinggi penggunaannya di Kedah, Perlis dan Kelantan manakala kes dadah paling tinggi di kawasan Felda adalah di Pahang” katanya.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker