Hiburan

‘Asli’ Filem Berbahasa Semai Pertama Malaysia

Sebuah filem tempatan pertama yang menampilkan dialog dalam bahasa Samai.

Pengarah filem, David Liew berkata kira-kira 50% daripada dialog di dalam filem ‘Asli’ menggunakan bahasa Samai.”Saya menghormati budaya itu dan mahukan filem ini se-realistik yang mungkin” katanya.

Tambahnya lagi, selain daripada bahasa Samai, filem itu turut menggunakan Bahasa Malaysia dan Mandarin.

“Terdapat tentangan pada mulanya kerana mereka bimbang kami akan alih suara kepada Mandarin. Saya memberi jaminan yang kami akan menggunakan bahasa Semai,” katanya, sambil menambah yang dia turut merujuk kepada mereka tentang aspek gaya hidup dan budaya mereka untuk filem itu.

Mendapatkan orang asli untuk menulis beberapa perkara di dalam bahasa mereka adalah satu cabaran, kata Liew.

Ujarnya lagi, tidak ada bahasa Semai yang selaras kerana dialek mereka berbeza mengikut kampung masing-masing, dan kadang-kadang bercampur dengan Bahasa Malaysia.

“Kami memutuskan untuk menggunakan dialek yang digunakan oleh orang asli di Kampung Batu 8 di Tapah,” katanya.

Lagu tema filem itu, Semai, dinyanyikan dalam bahasa Semai dan Mandarin.

Katanya lagi, penyampai radio Asyik FM, Katie Bah, seorang orang asli, telah dipanggil untuk membantu dengan dialog dan skrip.

Liew mengharapkan filem tersebut akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang asli untuk mempunyai impian dan mencapainya.

Liew berkata dia tidak mengambil nama-nama besar untuk filemnya, dan bergantung kepada bakat tempatan, seperti Gina Wong, 22, seorang penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman, Rain Lee Yuen Yi, 21, seorang pelajar Universiti Putra Malaysia, dan orang asli, Amit Joyo Bah Chu Hong, 53.

“Wong berasal dari Sabah dan berdarah kacukan sementara Lee berasal dari Tapah. Amit Joyo pula merupakan tok batin dari Tapah,” katanya.

Filem itu adalah cerita yang menyentuh perasaan tentang gadis kacukan Semai bernama Anggun, yang dilakonkan oleh Wong, yang sedang mencari identitinya sendiri.

Dia berjumpa dengan Keong, dilakonkan oleh Lee, yang membantunya sepanjang perjalanan ketika dia belajar tentang dirinya.

Liew berkata tok batin dari 100 kampung di Tapah dan Tanjung Malim telah dijemput untuk pratonton filem itu di Kampar pada bulan lepas.

“Mereka tidak merungut mengenainya jadi saya rasa ianya okay,” katanya sambil tersenyum.

“Saya akan menjemput lebih ramai orang asli untuk menonton tayangan perdana di GSC Cinema Ipoh Parade pada 20 Oktober,” katanya.

Filem itu akan ditayangkan di pawagam terpilih di seluruh negara dan Brunei bermula dari 26 Oktober.

 

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker