Sukan

5 Pembelian Tidak Bernilai Yang Melangkaui Jangkaan

Untuk setiap pembelian bernilai besar yang memenuhi tajuk utama, ada pembelian musim panas yang tidak dipandang, dan mendatangkan akibat yang besar apabila mulanya musim baru.

Itulah hakikat jendela perpindahan yang menyaksikan kelab terulung Liga Perdana Inggeris mengejar piala mereka, manakala kelab-kelab lain bertarung untuk kekal di liga utama itu.

Dengan beberapa kisah pemain baru yang telah pun membantu kejayaan kelab mereka, kita lihat kepada lima pemain baru yang ditandatangani pada musim panas lalu yang telah membuktikan kebolehan mereka di suku pertama musim ini.

Kurt Zouma (Stoke City)

Oleh kerana persaingan sengit untuk centre-back Chelsea di samping David Luiz, Gary Cahill, Cesar Azpilicueta dan Andreas Christensen, pemain dari Perancis, Kurt Zouma dipinjamkan ke Stoke untuk menyertai the Potters bagi tempoh setahun.

Pinjaman itu ternyata berbaloi selepas Zouma, 23, dengan segera dijadikan penggerak jentera pertahanan Marc Hughes yang baru dan bermula garang dengan pertunjuk yang dominan ketika kemenangan 2-1 Stoke ke atas Arsenal di Stadium Bet365.

Mikel Merino (Newcastle United)

Kini menjadi pemain jangka panjang di dalam pasukan Rafa Benitez selepas dipinjamkan oleh Borussia Dortmund susulan prestasinya yang memberangsangkan, Merino dengan segera menjadi pemain kesayangan penyokong the Magpies.

Dengan sebab yang baik juga, pemain tengah yang berusia 21 tahun dari Sepanyol itu mengingatkan Benitez kepada bekas anak muridnya dari Liverpool, Xabi Alonso.

Diberi tanggungjawab sebagai defensive-midfielder bersama-sama dengan Isaac Hayden, Merino membuat tackle, memintas dan menghantar bola dengan sangat berkesan, lebih-lebih lagi ketika kemenangan Newcastle ke atas Crystal Palace, apabila beliau menjaringkan gol kemenangan di minit ke-86.

Pascal Gross (Brighton Hove & Albion)

Hanya di belakang David Silva dan Kevin De Bruyne (6 assist) dengan 5 assist, Pascal Gross telah menjadi ilham kepada pemain-pemain Brighton.

Pembelian musim panas dengan harga yang tidak didedahkan untuk empat tahun, Gross menolak Ingolstadt untuk kelab dari selatan England itu, dan sejak itu telah menjadi pemain terbaik the Seagull.

Ia tidak memeranjatkan selepas Gross mencipta 95 peluang ketika bermain di Bundesliga, dan telah menjaringkan 2 gol dan 5 assist bersama skuad Chris Hughton serta menjadi Man of the Match ketika menang 3-1 ke atas West Brom.

Kiko Feminia (Watford)

Pengurus Marco Silva sememangnya layak mendapat pujian dengan permulaan yang memberangsangkan pada musim 2017/18 ini, namun ada beberapa pemain lain yang perlu diberi pujian.

Antaranya adalah Kiko Femenia, right-back yang berusia 26 tahun yang menyertai the Hornets secara percuma dari Alaves untuk empat tahun.

Sejak itu, beliau telah muncul dalam sembilan daripada sepuluh perlawanan untuk Watford. Kehadirannya juga bermakna Silva tidak perlu terlalu bergantung kepada Daryl Janmaat seperti pengurus sebelumnya, dan itu ternyata menguntungkan kelab tersebut.

Femenia sudah mula menunjukan nilainya selepas gagal melonjakkan kariernya sebagai pemain simpanan Real Madrid dan Barcelona.

Sead Kolasinac (Arsenal)

Seperti seekor seladang ganas yang terlepas di jalanan, Sead Kolasinac tidak putus-putus berlari untuk Arsenal, sekali gus menakutkan mereka yang berada di hadapannya.

Dilepaskan secara percuma oleh Schalke, full-back dari Bosnia yang bertubuh sasa dan kecenderungan membuat hantaran lintang itu dengan segera meninggalkan kesan ke atas the Gunners.

Ia juga membolehkan Nacho Monreal kembali bermain di posisi centre-back, iaitu kedudukan yang ternyata berkesan buatnya.

Menjadi pemain kesayangan segera selepas gol penyamaan menentang Chelsea pada perlawanan Perisai Komuniti, pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan 2 gol dan 2 assist untuk Arsenal, serta menjadi Man of the Match ketika memenangi perlawanan menentang Swansea City.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker