FesyenGaya Hidup

Minori – Sensasi Fesyen Baharu Jepun

Kenali Minori, sensasi fesyen Jepun yang telah merevolusikan fesyen jalanan Harajuku di Tokyo dengan mencipta semula gaya fesyen yang dipanggil “Shironuri”, yang bermaksud “dicat putih”, dengan gabungan mekap serba putih dan pakaian vintaj untuk menghasilkan gaya fesyen  baru.

Dengan menggunakan tubuhnya sebagai kanvas, Minori pada dasarnya adalah “karya seni hidup”, dan seninya digambarkan dalam foto berlatarkan keindahan alam semulajadi, lapor BBC.

Minori, 26, tinggal di Tokyo. Mekap putih yang digunakan menyembunyikan wajah sebenarnya dan hanya kawan-kawan dan keluarganya sahaja yang tahu identiti sebenarnya. Tanpa mengenakan mekap, Minori akan menjalani kehidupan sebagai orang kebanyakan.

Ketika remaja, Minori adalah salah seorang daripada wanita muda yang sering mengunjungi Harajuku, sebuah daerah di Shibuya, Tokyo di mana orang melihat dan mempamerkan gaya fesyen yang unik dan luar biasa.

Di Jepun, terdapat tradisi lama menggunakan mekap putih yang bermula pada zaman pertengahan.

Dari abad ke-9 hingga ke-11, masa yang dikenali sebagai zaman Heian, lelaki dari keluarga bangsawan mengecat wajah mereka sebagai tanda status mereka. Trend itu kemudian diguna pakai oleh wanita pada abad ke-17, ketika geisha, penghibur wanita kelas tinggi mula muncul.

Kemudian, semasa era Showa , dari 1926 hingga 1989, perkataan “Shironuri” mula digunakan untuk menggambarkan perbuatan mengecat wajah.

Minori, walau bagaimanapun, telah mengolah Shironuri menjadi seni dengan memakai bulu mata palsu yang luar biasa dan solekan rumit yang sesuai dengan tema pakaiannya. Beliau dibesarkan di kawasan pedalaman Jepun dan menganggap alam semula jadi sebagai salah satu inspirasi utama untuk seninya.

“Corak daun, ranting pokok dan bentuk bunga akan menjadi cantik jika saya menggabungkan cat putih dengan motif-motif tersebut dalam membuat solekan,” katanya.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, Minori telah mula muncul di acara fesyen Jepun di bahagian lain di dunia, yang diundang oleh para peminat yang mengetahui tentang karyanya dari blog fesyen.

Beliau telah ditampilkan dalam majalah Vogue dan kini mempunyai pangkalan peminat antarabangsa, sebahagiannya disebabkan liputan oleh TokyoFashion.com.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker