Teknologi

Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Mengenalpasti Penyakit

Imbasan perubatan digunakan oleh para doktor sebagai sumber maklumat visual untuk mereka mengesan apa-apa penyakit atau masalah yang mungkin dihidapi pesakit.

Namun begitu imbasan ini mahal, malah golongan profesional perubatan manusia mungkin tidak dapat mengenal pasti tanda-tanda awal sesetengah penyakit seperti kanser, sehingga  sudah terlambat lapor CNBC.

Syarikat menggunakan Kecerdasan Buatan untuk mengenalpati penyakit menerusi imbasan

Itulah syarikat Zebra Medical Vision sedang cuba lakukan. Ia menggunakan algoritma kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) yang boleh membaca imbasan dan mengesan apa-apa yang tidak sepatutnya lebih cepat dari manusia.

Syarikat ini mahu produknya menjadi global ke pasaran baru. Pada Jumaat yang lalu syarikat itu mengumumkan bahawa semua algoritmanya akan tersedia untuk digunakan pada harga $ 1 setiap imbasan. Oleh itu, setiap kali hospital menggunakan algoritma tersebut untuk mengkaji imbasan perubatan, harga yang akan dikenakan adalah $ 1.

Individu-individu yang mengasaskan Zebra Medical Vision. (Gura yang paling kanan)

“Model perniagaan ini ditujukan kepada semua pelanggan. Kami mempunyai pelanggan awal yang telah memberitahu akan membayar kurang dari harga yang kami kenakan. Hal ini kerana kami mahukan model perniagaan yang boleh bertahan di luar dunia Barat,” kata Eyal Gura, pengerusi Zebra Medical Vision kepada CNBC menerusi telefon selepas pengumuman tersebut

“Kami baru sahaja mendapatkan akaun di Afrika dan India.”

Menurut Gura lagi, tujuan ciptaan ini adalah untuk menyediakan teknologi penjagaan kesihatan generasi masa hadapan ke pasaran baru.

Teknologi Zebra boleh digunakan dalam banyak bidang perubatan

Zebra baru-baru ini menjalankan ujian dengan kerjasama University of Oxford di U.K. tentang osteoporosis.  Ia adalah sebuah keadaan di mana tulang yang rapuh mempunyai risiko yang tinggi untuk retak. Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (National Health Service, NHS) ada menjalankan program untuk mencegah keretakan, namun ia bertujuan  untuk mencegah keretakan sekunder sahaja.

Salah seorang ketua program ini, Kassim Javaid, menggunakan algoritma Zebra untuk mengesan keretakan pada tulang belakang. Zebra menerangkan 60 peratus kejadian keretakan tulang belakang selalunya tidak dapat dikesan. Javaid di dalam sebuah laporan berkata, dengan menggunakan imbasan algoritma Zebra, 95 peratus  kejadian keretakan tulang belakang  dapat dikesan.

Menurut Gura, syarikat berusia empat tahun itu kini sedang berbincang dengan NHS mengenai pelaksanaannya. Teknologi Zebra kini boleh mengesan masalah seperti penyakit paru-paru dan sedang berusaha membangunkan algoritma pengenalpastian baru.

Zebra Medical Vision bukanlah satu-satunya syarikat di pasaran. Ia juga akan menghadapi persaingan daripada syarikat-syarikat gergasi seperti Microsoft, serta syarikat yang lebih baru seperti AIdoc Medical.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker