Isu SemasaTempatan

EduCity- Bandar Ilmu Di Iskandar, Johor

EduCity di Iskandar Malaysia yang sedang pesat berkembang di negeri Johor menyatupadukan institusi pengajian tinggi, kemudahan rekreasi dan perumahan pelajar antarabangsa dan tempatan yang berprestij di dalam sebuah kawasan seluas 120 hektar.

Dibangunkan oleh EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (ahli Kumpulan Syarikat Iskandar Investment Bhd) dengan kos RM850 juta, “Bandar Ilmu” ini terletak di tengah-tengah Asia Tenggara, lapor The Star.

Universiti-universiti terkemuka di Iskandar

Pada tahun 2011, Newcastle University Medicine Malaysia membuka pintunya di EduCity; Universiti Southampton Malaysia pada tahun 2012 pula menawarkan program kejuruteraannya; dan, Universiti Reading Malaysia pada tahun 2015 menawarkan beberapa fakulti yang terkemuka.

Terdapat juga Institut Teknologi Maritim Belanda yang mula dibuka pada tahun 2012, dan Fakulti Seni Sinematik Universiti Multimedia yang berpangkalan di Malaysia pada tahun 2014.

Pada masa ini, bilangan populasi pelajar di EduCity adalah seramai 4,000 orang dan dijangka akan meningkat dengan lebih ramai. EduCity dijangka mengambil seramai 20,000 orang pelajar dari Malaysia dan rantau ini.

Educity bakal menjadi hab pendidikan antarabangsa

“EduCity bersedia untuk menjadi hab pendidikan terkemuka untuk menarik pelajar yang berasal dari seluruh dunia,” kata Pegawai Ketua Operasi (COO) EduCity Sugumaran Kailasan.

“Sebelum ini, rakyat Malaysia telah meneroka ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kini, keadaannya terbalik  pula,  dengan pelajar dari tempat lain akan datang kepada kita. “

Perkampungan pelajar di EduCity menawarkan kediaman yang selesa dan lengkap untuk pelajar dari luar dan dalam negara yang sedang  mengikuti pengajian di Iskandar

Kumpulan pertama telah menamatkan pengajian mereka di EduCity pada tahun 2015, sehingga kini, kira-kira 600 pelajar telah menamatkan pengajian mereka.

“Dengan EduCity, para pelajar akan memperoleh kelayakan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa dari universiti-universiti terkemuka tanpa perlu ke luar negara dan bimbang tentang kadar pertukaran wang asing yang tidak menentu,” kata Pengarah Urusan EduCity, Joanne Oei.

Infrastruktur dan kemudahan lengkap untuk pelajar di EduCity

Pelbagai usaha telah dijalankan dalam menyediakan kemudahan riadah  untuk pengkongsian bersama semasa pembinaan EduCity.

Kompleks sukannya menampilkan stadium dengan 6000 buah tempat duduk,  padang bola sepak bersaiz penuh dan trek yang diiktiraf IAAF. Pusat akuatiknya pula mempunyai 488 buah tempat duduk serta kolam renang bertaraf sukan Olimpik.

Stadium di EduCity

Terdapat juga arena tertutup yang mempunyai  1,500 buah tempat duduk. Ia menempatkan gelanggang pelbagai guna untuk bola keranjang, badminton, bola jaring, floor ball, futsal dan pingpong.

Terdapat gelanggang tenis dan gelanggang bola tampar  serta  gim yang menawarkan perkhidmatan pelatih peribadi dan kelas zumba.

Untuk penginapan pelajar, ‘Perkampungan Pelajar’nya terdiri daripada kompleks pangsapuri setinggi 12 tingkat dengan 800 buah katil. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan seperti kafe, kedai dobi, dapur kecil, surau, bilik TV, kawasan pengajian, kawasan lounge dan WiFi percuma.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker