Sukan

Sumbangan Catalonia Kepada Bolasepak

Walaupun krisis kemerdekaan Catalonia masih lagi hangat, dengan 90% pengundi mahukan mereka berpisah daripada Sepanyol, bintang-bintang bolasepak Catalan berterusan menyumbang kepada skuad kebangsaan mereka.

Sepanyol layak untuk ke Piala Dunia di Rusia tahun hadapan apabila menewaskan Albania 3-0 pada 6 Oktober yang lalu. Skuad Sepanyol ini terdiri daripada 5 pemain Catalan, Gerard Pique, Sergio Busquets dan Jodi Alba (Masing-masing dari Barcelona), Cesc Fabregas (Chelsea) dan Marc Bartra (Dortmund).

Ketika Sepanyol memenangi EURO 2008 dan 2012, dan Piala Dunia pada 2010, skuad mereka pada ketika itu dibantu oleh Pique, Fabregas, Xavi, Carlos Puyol, Andres Iniesta dan Pedro.

 

 

Pada 2008 sehingga 2012, apabila pasukan Sepanyol dianggap skuad terkuat yang pernah mereka kumpulkan, kebanyakan pemain mereka adalah dari Barcelona daripada Real Madrid. Apabila Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010, gol kemenangan mereka ke atas Belanda dijaringkan oleh Iniesta dari Barcelona.

Pemain termahsyur Catalan yang pernah bermain untuk Sepanyol dan Barcelona pada tahun 1970an, penjaga gol Ricardo Zamora. Beliau satu-satunya pemain yang bermain untuk Barca, Real Madrid, skuad Sepanyol serta Catalonia.

 

 

Carles Rexach yang pernah bermain untuk Sepanyol dan Barcelona pada tahun 70an, terkenal dengan satu lagi pencapaian: beliau menemui Lionel Messi di Argentina dan membawanya bermain untuk Barca. Messi dianggap pemain paling hebat mereka selepas Johann Cruyff.

Josep “Pep” Guardiola, kini pengurus Manchester City, juga orang Catalan. Beliau bermain dan melatih Barcelona dan mencapai pelbagai kejayaan bersama-sama skuad nasional Sepanyol.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker