Teknologi

Rekaan Telefon Pintar Boleh Lipat Samsung

Akhirnya, Samsung kini semakin hampir merealisasikan telefon pintar dengan skrin boleh lipat. Dengan nama yang Samsung Galaxy X, telefon ini mungkin dijual sekitar tahun hadapan dalam bilangan terhad.

Sebelum ini Samsung dilaporkan ingin mereka sebuah telefon pintar berskrin penuh namun boleh dilipat untuk memberikan innovasi dan rekaan yang menarik disamping memberikan rekaan nostalgia clamshell yang sinonim dengan telefon Samsung.

sumber: nl.letsgodigital.org

Menurut LetsGoDigital, Samsung baru-baru ini telah memperlihatkan rekaan dan lakaran rupa bentuk Galaxy X yang menampakkan telefon ini dibina dengan rekaan engsel di bahagian tengah bagi menyambungkan dua skrin sentuh.

Skrin penuh akan kelihatan apabila telefon dibuka sepenuhnya menjadi sebuah skrin yang panjang.

sumber: nl.letsgodigital.org

Samsung juga telah mematenkan rekaan engsel tersebut kerana ia tidak seperti rekaan engsel pada telefon clamshell biasa. Mengikut rekaan, engsel pada Galaxy X ini seakan-akan runut kereta kebal.

Namun, menerusi lakaran ini, tidak dapat dipastikan lagi sama ada skrin telefon ini melipat ke dalam atau ke luar.

Telefon ini dijadualkan akan dipasarkan di dalam pasaran Korea terlebih dahulu bagi melihat permintaan dan maklum balas pengguna sebelum Samsung melancarkan telefon ini di pasaran antarabangsa.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker