Gaya HidupTempatan

Penduduk Bandar Dapat Merasai Kehidupan Kampung

Dua sahabat telah mendapat sebuah idea untuk menganjurkan lawatan basikal untuk penduduk bandar dan pelancong untuk menikmati alam sekitar dan mempelajari cara membuat kuih tradisi Melayu.

Lily Tien, 32, yang mengendalikan sebuah hostel di Parit Bunga bersama rakannya, Teo Chin Jow, 37, berkata program itu pada mulanya dirancang untuk pelancong asing yang tidak mengenali kehidupan kampung atau kepada mereka yang jarang mempunyai peluang untuk mendekati alam sekitar.

“Kami terkejut apabila mendapati kebanyakan daripada mereka yang mendaftar adalah penduduk bandar dan sesetengah daripadanya tidak pernah melakukan aktiviti seperti ini walaupun telah membesar di sini,” katanya.

Tambahnya lagi, selain menjelajah ke jeti berdekatan Sungai Mati di Kampung Pulau Penarik, dan memerhati burung, lawatan basikal lima jam tersebut merangkumi lawatan ke rumah Khadijah Hussin di Kampung Sungai Senduk untuk belajar membuat kuih.

“Dia juga berbaik hati untuk mengajar tetamu-tetamu kami untuk membuat onde-onde dan kuih-kuih lain, serta mengajar mereka cara mengalami kehidupan di kampung,” tambahnya.

Tien berkata sambutan daripada tetamu-tetamunya adalah positif, terutamanya bahagian membuat kuih dan makan di atas lantai.

Khadijah yang berusia 60 tahun pada mulanya agak gementar kerana dia tidak pernah menganjurkan sesi membuat kuih untuk kumpulan yang besar di rumahnya tetapi makcik yang periang itu dan anaknya lama-lama mengatasi perasaan gementar mereka dan menjadi tuan rumah yang sangat peramah.

“Kebanyakan kalangan masyarakat Cina jarang mempunyai peluang untuk melangkah masuk ke rumah tradisional Melayu dan ia sepatutnya berubah kerana terdapat banyak benda untuk dipelajari dan difahami,” katanya.

Tien dan Teo merancang untuk memperluaskan lawatan basikal mereka untuk melibatkan cara membuat masakan yang lebih rumit, seperti nasi lemak, serta melawat kampung nelayan di Kesang Laut.

Maklumat lanjut mengenai lawatan basikal boleh didapati di www.facebook.com/wakalily

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker