Gaya Hidup

Apa Akan Jadi Kalau Anda Tidak Basuh Baju?

Kadang-kadang baju yang dibasuh, sepatutnya hanya dipakai dua atau tiga kali, tetapi dipakai sehingga 18 kali. Selalunya perkara ini tidak disengajakan tetapi apabila kita sibuk dengan kerja, perkara seperti mencuci baju ditunda sehinggkan baju yang tidak dibasuh itu dipakai sehingga beberapa kali.

Selain daripada bau badan yang melekat pada baju yang tidak dibasuh itu, apakah risikonya apabila kita memakai pakaian yang sama tanpa dibasuh untuk tempoh yang lama?

Manusia sebenarnya sangat menjijikan. Kita mengeluarkan 500 juta sel kulit mati serta 1 liter peluh setiap hari. Jika anda tertanya-tanya ke mana perginya peluh sebanyak 1 liter itu pergi kerana ia tidak kelihatan? Ia berada pada pakaian anda.

Apa yang menarik tentang peluh adalah ia tidak mengeluarkan baunya sendiri. Ia akan bertindak balas dengan bakteria pada kulit anda dan disitulah datangnya bau badan.

Terdapat juga peluh biasa yang terdapat pada keseluruh tubuh badan anda dan terdapat juga peluh apokrin yang merupakan peluh yang paling berbau yang dikeluarkan oleh kelenjar yang terdapat pada bahagian alat sulit, ketiak dan juga kelopak mata.

Kesemua peluh ini yang terdapat pada baju yang tidak dibasuh selama 18 hari, iaitu 18 liter peluh, sekarang berada pada longgokkan pakaian anda. Ya, sekarang mungkin peluh itu sudah disejat tetapi bakteria yang memakan peluh itu mungkin masih berada pada pakaian anda, dan untuk menguji teori ini, apa yang anda hanya perlu buat adalah bau pakaian anda.

Itulah bakteria yang terdapat pada pakaian anda.

MedicalDaily.com mencadangkan pakaian yang paling dekat dengan kelenjar apokrin (ketiak dan alat sulit) sepatutnya dibasuh setiap hari.

Tuala dicadangkan  untuk dibasuh setiap tiga hari dan baju tidur patut dibasuh setiap minggu.

Malah pakaian baru juga seharusnya dibasuh dahulu sebelum dipakai. Sebuah laporan daripada ABC ambil telah menguji pakaian daripada rangkaian kedai pakaian yang popular dan mendapati sehelai blaus, terdapat flora kulit, flora najis dan rembesan pernafasan.

Pakaian lain yang telah diuji terdapat organisma faraj, yis, kuman dan najis.

Ini bermaksud pakaian anda yang sudah lama tidak dibasuh mengandungi benda yang sama. Tetapi apa yang akan terjadi jika kita teruskan memakai pakaian kotor ini?

Benda pertama adalah kesan kotor akan jelas kelihatan. Apabila kita tidak basuh pakaian kesan kotor akan serap dengan lebih mendalam dan ia akan menjadi sukar untuk dibasuh. Jadi ia akan merosakkan pakaian anda.

Kulit anda juga boleh dijangkiti dengan ruam disebabkan minyak dan bulu-bulu yang melekat pada pakaian.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker