Gaya HidupMakan & Minum

Pembuat Kertas Beras Kekalkan Tradisi

Disumbat, digulung, dibakar atau digoreng: kertas beras menguasai pemakanan di Vietnam yang merupakan negara penggemar makanan, di mana pengunjung telah menolak versi buatan kilang untuk versi buatan sendiri, menaikkan industri kampung yang berkembang pesat di Delta Mekong.

Ia merupakan makanan ruji di meja makan dari utara hingga ke selatan Vietnam. Ia dimakan segar bersama ikan, digoreng bersama daging khinzir, atau dibakar dan dimakan seperti keropok, yang merupakan snek kegemaran ramai.

Tetapi walau bagaimanapun cara ia disediakan, satu perkara yang kebanyakan rakyat Vietnam sama-sama bersetuju adalah, buatan sendiri adalah lebih bagus.

“Ia lebih bagus daripada versi kilang, cubalah, lagi sedap,” Nguyen Thi berkata kepada AFP, sambil menawarkan kertas beras versi kelapa yang dibakar di kedai snek tepi jalannya di wilayah selatan Can Tho.

Dia mendapatkan sumber kertas berasnya dari kampung Thuan Hung berdekatan, yang terkenal kerana menghasilkan antara kertas beras yang terbaik di Delta Mekong, juga dikenali sebagai “rice bowl of Vietnam”.

Masih ada keluarga yang mencari nafkah dengan membuat kertas beras, walaupun sudah ada kilang-kilang  yang mengeluarkan kertas beras dengan perisa-perisa kreatif seperti udang masin, kelapa dan durian.

“Pelanggan lebih suka produk buatan tangan yang dibuat di kampung. Kami tidak menggunakan bahan kimia, ianya semula jadi, “kata Bui Minh Phi, 26 tahun, pembuat kertas beras generasi ketiga di Thuan Hung.

Dia boleh mendapat $65 (RM275) sehari, dan dua kali ganda ketika perayaan tahun baru Lunar yang sibuk.

Ini merupakan sentimen umum di Vietnam, di mana banyak pengunjung menghindari kedai makanan segera dan beralih kepada restoran gaya rumah yang menawarkan sup mi pho atau sandwic mi banh sepertimana nenek mereka buat dahulu.

Membuat kertas beras adalah warisan keluarga bagi ramai orang seperti Ha Thi Sau.

Pada suatu pagi di Thuan Hung, dia mengajar anak perempuannya teknik lama yang dipelajari daripada ibu saudaranya: tuangkan adunan yang manis (resipi rahsia keluarga) ke dalam kuali, sebelum memindahkan ia ke atas tikar buluh.

Perniagaan itu kekal sebagai urusan keluarga. Menantu lelaki Sau menjaga api menggunakan sekam padi, sementara ibunya yang berusia 83 tahun mencuci pinggan di tebing sungai. Walaupun ada pekerjaan lain boleh didapati di kampung itu, yang dulunya merupakan sebuah kawasan air luar bandar yang kini dipenuhi kafe moden dan kedai telefon bimbit, dia tidak terfikir untuk meninggalkan bidang ini.

“Saya telah membuat kertas beras untuk masa yang lama, saya tidak mahu meninggalkannya untuk kerja lain,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker