Gaya HidupKesihatan

Kenal Pasti Tiga Faktor Hipertensi Dalam Kalangan Wanita Muda

Apa itu tekanan darah tinggi?

Tekanan darah adalah daya (kekuatan) darah menolak lapisan dalaman arteri. Tekanan darah tinggi, atau hipertensi, berlaku apabila daya itu meningkat dan kekal lebih tinggi dari biasa untuk  sebuah tempoh masa tertentu. Keadaan ini, terang Healthline boleh merosakkan saluran darah, jantung, otak, dan organ lain. Hal ini boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Hipertensi di Malaysia                                     

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan-4 didapati 32% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, mengalami tekanan darah tinggi. Ia merupakan penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular,” kata Presiden Malaysian Society of Hypertension, Prof Datin Dr Chia Yook Chin di dalam akhbar The Star.

Menurutnya lagi,  “sebelum ini, tekanan darah tinggi selalu dikaitkan dengan generasi  yang lebih berusia, namun ini bukan lagi keadaannya kini.

Hipertensi dalam kalangan wanita muda

Bacaan tekanan darah melebihi 120/80 mmHg, atau milimeter merkuri, biasanya menunjukkan terdapat tekanan darah tinggi. Menurut laman web Livestrong tiga faktor yang selalunya menyebabkan tekanan darah tinggi dalam kalangan wanita berusia 35 tahun  dan ke bawah adalah kehamilan, ubat-ubatan dan diet. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi adalah digalakkan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Kehamilan
Wanita yang hamil berisiko untuk menghidap tekanan darah tinggi yang dikenali sebagai hipertensi kehamilan. Keadaan ini mungkin biasa sahaja atau sebuah keadaan yang serius namun selalunya akan pulih selepas kehamilan. Bacaan tekanan darah 140/90 atau lebih tinggi dianggap berbahaya bagi wanita hamil. Wanita yang sedia ada mempunyai tekanan darah tinggi atau tekanan darah tinggi kronik berisiko mengalami komplikasi semasa kehamilan. Kes yang paling teruk boleh menyebabkan preeclampsia. Menurut National Heart and Lung Institute, preeclampsia adalah keadaan yang biasanya bermula selepas minggu ke-20 kehamilan dan mempunyai kaitan dengan peningkatan tekanan darah dan protein dalam air kencing si ibu. Hal ini boleh membahayakan kehidupan kedua-dua ibu dan anak.

Dadah (ubat-ubatan)

Pengambilan ubat-ubatan samaada sah ataupun tidak merupakan sebuah faktor penyumbang terhadap penyakit tekanan darah tinggi. Dadah seperti alkohol, tembakau, dan pil kawalan kelahiran terbukti meningkatkan kandungan lemak, penyimpanan cecair serta menipiskan arteri. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Ubat kawalan kelahiran mengandungi progesteron,  ia mempengaruhi kandungan kimia tubuh, terutamanya tekanan darah dalam kalangan wanita. Ubat-ubatan seperti ibuprofen dan acetaminophen boleh menyebabkan tubuh mengekalkan cecair dan mengurangkan fungsi buah pinggang. Hal ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dengan lebih tinggi, seterusnya menyebabkan tekanan terhadap jantung dan buah pinggang.

Diet

Diet yang  mempunyai kandungan garam, lemak dan kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko wanita mengalami tekanan darah tinggi pada usia yang muda. Diet yang tidak sihat boleh menyebabkan obesiti, seterusnya menyebabkan wanita lebih berisiko untuk  menghidap hipertensi. Diet dengan kandungan kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan darah beku terbentuk akibat tekanan darah tinggi. Pengambilan garam juga perlu dihadkan. Menurut American Associated of Kidney Patients, garam yang berlebihan menyebabkan jumlah pengaliran darah lebih tinggi daripada yang sepatutnya dengan mengenakan tekanan cecair yang berlebihan pada dinding saluran darah.

Mencegah tekanan darah tinggi

Untuk perkara yang berkaitan dengan hipertensi dan penyakit jantung koronari, pastinya pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Menurut Healthline nasihat pakar untuk mencegah tekanan darah tinggi adalah sama untuk kedua-dua golongan wanita dan lelaki:

  • Senaman untuk kira-kira 30 hingga 45 minit sehari, buat lima hari seminggu.
  • Makan diet yang mempunyai kadar kalori yang sederhana serta rendah lemak tepu.
  • Sentiasa menepati temu janji pemeriksaan kesihatan
  • Kerap melakukan senaman adalah salah sebuah cara untuk mencegah tekanan darah tinggi

Bincang dengan doktor anda tentang risiko menghidap tekanan darah tinggi. Doktor boleh memberitahu cara terbaik untuk mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang normal serta cara menjaga jantung yang betul supaya ia sentiasa sihat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker