Isu SemasaTempatan

Pakar Bedah Kebanggaan Negara

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Hanifah Harunarashid telah dianugerahkan pengiktirafan keahlian berprestij dari American College of Surgeons (ACS) di San Diego.

Dr Hanafiah yang juga presiden College of Surgeons Malaysia, menerima pengiktirafan keahlian itu melalui pencapaian profesional dan komitmennya terhadap perubatan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Memetik laporan NST, anugerah itu disampaikan kepadanya pada majlis konvokesyen Kongres Klinikal Tahunan ACS 2017 pada hari Sabtu lalu. Dengan keahlian lebih dari 80,000, ACS adalah organisasi bedah terbesar di dunia.

ACS Fellowship diberikan kepada pakar bedah yang pendidikan dan latihan, kelayakan profesional, kecekapan pembedahan dan kelakuan etika telah melepasi penilaian yang ketat dan telah didapati konsisten dengan piawaian tinggi yang ditubuhkan dan dituntut oleh kolej.

Ini adalah anugerah Fellowship antarabangsa kedua buat Dr Hanafiah tahun ini. Pada bulan Julai 2017, beliau telah dianugerahkan Fellowship Akademi Perubatan Singapura sempena Jubilee Diamond 60 tahun akademi itu kerana kesannya yang ketara terhadap kemajuan pembedahan, terutamanya menerusi peranan utama yang dimainkannya dalam meningkatkan latihan pembedahan di peringkat serantau dan sumbangannya yang besar kepada rangkaian pembedahan di seluruh dunia.

dr hanafiah (tengah)

Beliau juga merupakan ahli utama pasukan Malaysia yang berjaya membida Kongres Pembedahan Dunia 2021 di Basel, Switzerland baru-baru ini.

Dr Hanafiah menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau lulus dari Universiti St. Andrews, United Kingdom dan dianugerahkan Anugerah Pingat Emas Margaret-Pickerring yang berprestij.

Beliau kemudian mendapat ijazah kedoktorannya dari University of Edinburgh. Beliau kini merupakan Ketua Pusat Kemahiran Pembedahan Lanjutan Universiti, sebuah pusat latihan terkini untuk pakar bedah.

Pada tahun 2015, beliau dianugerahkan Medali Pembedahan Antarabangsa dari Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSE) sebagai pengiktirafan terhadap kerja dan perkhidmatannya dalam bidang pembedahan dan dilantik sebagai Penasihat Pembedahan Antarabangsa RCSE.

“Ini adalah satu lagi kejayaan yang membanggakan oleh pakar bedah Malaysia, yang diharapkan dapat dicontohi oleh ramai orang lain,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker