AntarabangsaIsu Semasa

15 Juta Pekerja Baru China Setiap Tahun?

Hampir setiap negara di dunia, tidak kira negara maju atau negara yang sedang membangun, menghadapi masalah kekurangan peluang pekerjaan dan peningkatan kadar pengangguran.

Hal ini terjadi apabila bilangan tenaga kerja semakin bertambah, lebih-lebih lagi dengan kewujudan ramai graduan-graduan baru universiti.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial China, Yin Weimin menyatakan bahawa negara itu perlu mewujudkan peluang pekerjaan untuk 15 juta penduduk setiap tahun dan akan mengekalkan bantuan keusahawanan untuk mencapai matlamat tersebut.

Beliau berkata, tekanan keseluruhan mengenai isu pekerjaan masih besar, di mana graduan-graduan baru universiti merupakan golongan yang paling terkesan dan memerlukan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, China yakin bahawa ia boleh mengekalkan keadaan pekerjaan yang stabil walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran.

Memetik laporan Al-Jazeera, statistik Bank Dunia menunjukkan bahawa kadar pengangguran di negara itu meningkat sebanyak 0.02 daripada 4.585.

Pekerja kilang di China – Sumber: foreignpolicy.com

Dalam tempoh 30 tahun lalu, China telah menikmati kemakmuran ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini, di mana seramai 700 juta penduduknya berjaya keluar daripada kemiskinan.

Oleh itu, kerajaan negara itu bercadang untuk menambah 40 juta pekerjaan lagi dalam tempoh 3 tahun yang akan datang.

Economic Times melaporkan bahawa kira-kira 65 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak lima tahun lalu berikutan dasar pro-pekerjaan dan keusahawanan yang diperkenalkan.

Weimin berkata, China juga yakin tentang pasaran pekerjaan yang berterusan memandangkan negara itu sedang bergerak ke hadapan untuk mewujudkan masyarakat yang makmur dan bersederhana menjelang tahun 2020.

Dalam pada itu, seramai 25 juta pekerja yang diberhentikan atas

“Pasaran pekerjaan di China stabil. Secara purata, lebih daripada 13 juta peluang pekerjaan diwujudkan setiap tahun sejak lima tahun lalu di kawasan-kawasan bandar,” kata Weimin.

Tahun depan, bilangan graduan universiti akan mencecah 8 juta orang, di mana jumlah itu akan menjadi yang tertinggi setakat ini dan akan terus kekal buat sementara waktu.

Ujarnya lagi, terdapat juga jurang permintaan dan penawaran untuk pekerja-pekerja yang berkemahiran di negara tersebut, dan kadar pengangguran berdaftar di kawasan-kawasan bandar kekal rendah.

Untuk memastikan pekerjaan stabil, China telah memperkenalkan pelbagai dasar pro-pekerjaan dan keusahawanan, di mana gelombang keusahawanan dan pertumbuhan industri tertiari turut membantu dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker