Hiburan

Wanita Berketurunan Kelabit Hidupkan Kembali Lagu Lama

Bagi meraikan keturunnannya,  pemuzik yang berasal daripada Sarawak, Alena Murang, membuat muzik video Kelabit yang pertama untuk memberi nafas baru kepada lagu lama iaitu Re Lekuah.

Alena, yang mempunyai bakat bermain sape dan bernyanyi, mempelajari lagu Re Lekuah daripada beberapa makcik di Bario selepas mendengarnya buat pertama kali ketika dinyanyikan oleh salah seorang daripada makcik tersebut pada tahun 2015.

Sumber: MalayMail/AHMAD ZAMZAHURI

Walaupun ia merupakan lagu lama tentang kerja keras yang perlu dilakukan oleh wanita muda di kampung, dia merasakan ia juga memberi makna kepada kehidupan urban kontemporari.

“Perjalanan saya dalam muzik bermula dengan tujuan mengekalkan dan menghidupkan semula lagu lama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah berkembang untuk memaparkan perkaitan lagu-lagu lama pada zaman moden.

“Sebagai contoh, kerja menanam dan menuai makanan, mengumpul air, keinginan untuk manik-manik yang bernilai.

“Dalam suasana bandar, kami masih berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman dan tempat tinggal kami, dan sering menginginkan objek bernilai yang mewakili status,” katanya.

Alena, 28, yang berdarah Kelabit, berkata Re Lekuah adalah projek muzik video pertamanya, dan merupakan yang pertama dibuat di Kelabit.

Pembuat filem yang berasal dari Kanada, Ashley Duong telah mengarah video tersebut. Ia juga menampilkan penari kontemporari Sarawak iaitu, Raziman Sarbini.

Alena berhubung dengan Duong, yang berada di Malaysia pada awal tahun ini, mengenai idea membuat video muzik untuk menunjukkan seni warisan Kelabit dalam suasana kontemporari.

“Ashley menghantar e-mel kepada saya idea itu dua minggu sebelum dia tiba di Kuala Lumpur.

“Kami bertemu dan mengembangkan naratif itu, membina sebuah pasukan, tempat-tempat untuk dirakam, menguji alat-alat dalam tempoh tiga hari dan dirakam dalam tempoh dua hari.

“Saya tidak mempunyai masa untuk berasa teruja kerana kami sentiasa dalam proses untuk selesaikan semuanya.

“Tetapi ya, saya teruja melihat hasilnya,” katanya.

Alena berkata kumpulan pengeluaran utama, termasuk Duong dan dirinya sendiri, meletakkan sumber mereka sendiri dan menerima beberapa pembiayaan daripada Suruhanjaya Tinggi Kanada untuk video itu.

Mereka juga telah melancarkan kempen crowdfunding di Indiegogo bulan ini, yang akan berlangsung sehingga 1 Nov.

Memetik The Star, dana yang diterima daripada kempen tersebut akan disalurkan kepada video tersebut, seperti penyuntingan gambar, penyuntingan dalam talian dan trek muzik.

Disamping video tersebut, Duong mengarahkan sebuah dokumentari yang dikenali sebagai Ngerang, mengenai pengalaman remaja kaum kelabit di perkampungan dan di bandar.

Ngerang, yang disokong oleh Majlis Seni Kanada dan Suruhanjaya Tinggi Kanada, juga akan memberikan beberapa pandangan tentang muzik video tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker