Teknologi

Tiada Lagi Sokongan Windows Mobile

Microsoft kini telah mengumumkan untuk menamatkan pembinaan dan kemas kini  buat sistem operasi Windows Phone mereka berikutan penjualan telefon pintar Microsoft yang kurang mendapat sambutan.

Microsoft menjelaskan tiada lagi kemas kini buat Windows Phone 8.1 selepas ini. Mereka juga menjelaskan lagi, Microsoft ingin memfokuskan kepada lebih pembinaan aplikasi pihak ketiga (3rd-party) untuk sistem operasi lain.

Pembelian bisnes Nokia pada 2014 dijangka mampu melonjakkan nama Microsoft di dalam pasaran telefon pintar. Namun, perkara itu tidak berhasil setelah 2 tahun kemudian. Microsoft terpaksa menelan kerugian hampir $7.6bilion dan terpaksa menghentikan sekitar 20,000 pekerja di dalam keadaan ini.

Analisis menyatakan, dominasi sistem operasi Android dan iOS menyebabkan Windows Mobile jauh di bawah perhatian pengguna telefon pintar.

Kelemahan terbesar yang menyebabkan pengguna tidak berminat kepada Windows Mobile adalah kekurangan aplikasi dari pembina perisian pihak ketiga sebanyak aplikasi yang ada pada Android mahupun iOS.

Disebabkan pasaran Windows Mobile yang tidak menyakinkan menyebabkan pembina perisian lebih berminat membinanya pada sistem operasi lain. Fakta ini menjadi punca utama pengguna telefon lebih berminat memiliki Android atau iOS yang mempunyai pasaran yang lebih besar.

Langkah terbaru Microsoft adalah dengan menggunakan sistem operasi Android pada telefon Nokia keluar mereka yang akan datang, dan Microsoft akan menyokong melalui aplikasi 3rd-party mereka seperti Microsoft Office dan sebagainya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker