Isu SemasaTempatan

Pelajar Sekolah Tanpa Lesen Berleluasa di Kawasan Luar Bandar

Pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen memandu yang sah mengundang bahaya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata perkara itu berleluasa di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman di negara ini.

Menurut laporan Utusan pada tahun lepas, kira-kira 3.5 juta rakyat negara ini dikesan tidak mempunyai lesen memandu dengan 70 peratus daripadanya merupakan pengguna jalan raya di kawasan luar bandar.

“Ibu bapa patut disalahkan kerana membenarkan anak-anak mereka menungang motosikal tanpa lesen memandu yang sah,” beliau berkata.

Tambah beliau, terdapat juga ibu bapa atau penjaga yang membawa anak-anak mereka ke sekolah tanpa lesen.

Yang lebih membahayakan, pelajar sekolah dan ibu bapa mereka juga tidak memakai  topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah dan di sekitar kampung.

Menurut sebuah tinjauan oleh Clinical Research Centre Perak (CRC Perak) baru-baru ini, 44% daripada 1,637 pelajar yang diperhatikan di 20 sekolah kebangsaan yang dipilih secara rawak, tidak menggunakan topi keledar. Mereka yang memakai topi keledar tidak semestinya selamat kerana 15% tidak menggunakan tali dagu.

Oleh itu, lebih daripada separuh daripada semua pelajar yang pergi ke sekolah menggunakan motosikal, membahayakan hidup mereka.

“Mereka menyangka tiada perkara yang teruk akan berlaku dalam perjalanan pendek itu,” kata Wan Ahmad Uzir.

Beliau berkata perkara ini terjadi kerana perasaan takut ditangkap di kalangan rakyat luar bandar lebih rendah daripada rakyat di bandar.

Beliau mencadangkan remaja yang berumur 16 ke atas untuk memohon lesen dibawah program JPJ MyLesen kerana mereka hanya perlu membayar RM299 berbanding RM600 di sekolah memandu.

Sambutan daripada mereka yang berumur 30 tahun ke bawah untuk MyLesen adalah mengecewakan, kata beliau. Mereka mengatakan bahawa mereka tiada masa untuk menghadiri kursus mandatori 8 jam sebelum menduduki ujian jalan raya.

“Mereka lebih sanggup menunggang motosikal tanpa lesen yang sah daripada mengambil masa untuk menghadiri kursus,” katanya.

Wan Ahmad Uzir juga berkata JPJ akan meningkatkan lagi operasi menangkap penjaja asing yang menggunakan motosikal kerana kebanyakkannya tiada lesen motosikal yang sah, lapor The Star.

“Ia adalah perkara biasa untuk melihat mereka membuat pusingan menggunakan motosikal di kawasan perumahan, kampung atau estet perladangan untuk menjual barangan seperti karpet, selimut dan ais krim,” katanya.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker