Sukan

Berdasarkan Nombor: Arsenal Membelasah Everton

Kapal Everton yang sedang dimasuki air, kini 5 gol menghampiri saat ia tenggelam sepenuhnya selepas meriam Arsenal menembaknya bertubi-tubi pada Ahad lepas di stadium Goodison Park. Keadaan patut  menjadi lebih teruk jika tidak kerana sang wira penjaga gol Toffees, Jordan Pickford.

Di sini kita lihat beberapa nombor yang mengangkat pasukan Arsenal yang sangat memerlukan kemenangan:

429: Hari sejak kali terakhir Jack Wilshere bermain untuk Arsenal di Liga Perdana.

100: Gol Liga Perdana yang dijaringkan oleh Arsenal menentang Everton, jaringan terbanyak oleh satu kelab menentang satu kelab yang lain.

78: Bilangan jaringan melalui tandukan oleh Arsenal sejak 2011-2012, lebih banyak daripada mana-mana kelab dalam masa itu.

68: Umur Arsene Wenger, dengan tiga kemenangan pada hari jadi pengurus dari Perancis itu sejak bersama Arsenal (2005, 2006, 2017)

30: Sepakan ke sasaran pada Ahad lalu, paling banyak yang dibuat di Liga Perdana, ketika bermain di tempat lawan sejak 2011-12.

8: Peluang yang dicipta oleh Mesut Ozil, peluang paling banyak di dalam Liga pada musim ini, dan paling banyak sejak pemain dari Jerman itu memberikan tujuh peluang pada Disember 2016.

6: Assist-kepada-gol oleh Alexis Sanchez kepada Mesut Ozil, kombo paling lazim di Liga Perdana sejak permulaan musim lepas.

5: Sepakan ke sasaran daripada Aaron Ramsey, paling banyak oleh mana-mana pemain di Liga Perdana musim ini.

3: Gol daripada pemain hadapan Arsenal, Sanchez, Ozil dan Alexendre Lacazette. Menandakan kali pertama pasangan trio itu bermula bersama buat pertama kali.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker