Bisnes & Ekonomi

‘Misteri’ Disebalik Kelemahan Perbelanjaan Indonesia

Hampir empat juta peluang pekerjaan baru, kenaikan gaji dan pemotongan kadar dividen di Indonesia. Hal ini sepatutnya mencukupi untuk merangsang tindakan pengguna di negara keempat paling ramai penduduk di dunia.

Ramai pengguna di Indonesia tidak mahu berbelanja

Sebaliknya, semakin ramai orang terus memegang erat dompet mereka dan menyimpan wang mereka di  dalam bank. Hal ini mengelirukan pembuat dasar dan ahli ekonomi, lapor Bloomberg.

“Keadaan di sana menyokong  aktiviti pengguna,” kata Menteri Kewangan Indonesia Sri Mulyani Indrawati minggu lalu di Jakarta. “Ini sesuatu yang membingungkan.”

Hal ini mengakibatkan dilema untuk bank pusat, yang telah mengambil tindakan yang agresif sejak tahun lepas.  Pintu untuk lebih banyak pemotongan dividen hampir ditutup kerana Bank Indonesia sedang mengambil langkah menangani kelemahan mata wang dalam menghadapi dasar monetari AS yang lebih ketat.

Perbelanjaan oleh pengguna dan perniagaan mewakili separuh daripada keluaran dalam negara kasar Indonesia, dan pertumbuhan lembap adalah seakan-seakan brek yang menghalang perkembangan ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Goldman Sachs Group Inc menyaksikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2% pada tahun ini. Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan kerajaan yang lebih banyak serta pertumbuhan perbelanjaan sektor swasta dan pasaran runcit.

Presiden Indonesia, Joko Widodo telah berjanji untuk meningkatkan pertumbuhan kepada 7% ketika baru mula memegang jawatan pada tiga tahun yang lalu.

“Masalahnya bukanlah kuasa membeli tetapi keyakinan untuk membeli barangan yang  tahan lama seperti kereta dan motosikal,” kata David Sumual, ketua ekonomi di PT Bank Central Asia di Jakarta.

“Mereka mempunyai wang tetapi tidak mahu membelanjakannya,  terutamanya mereka yang dari berpendapatan sederhana dan tinggi.”

Walaupun bilangan pekerjaan meningkat sebanyak 3.9 juta tahun ini selepas Februari dan purata gaji bulanan meningkat sebanyak 24% dalam tempoh itu, pasaran runcit terus berada di bawah dua angka semenjak tahun lepas. Kadar inflasi juga rendah, 3.7% pada bulan September yang lalu.

Data dari bank pusat menunjukkan jualan peralatan rumah, seperti elektronik dan perabot, telah mengalami penurunan selama lima bulan berturut-turut pada bulan Ogos.  Keadaan ini menunjukkan penurunan sebanyak 8% berbanding  tahun yang lalu.

Walaupun keyakinan pengguna berada di paras tertinggi pada tahun ini pada September yang lalu, peruncit pula  yang merasakan akibatnya. PT Matahari Putra Prima Tbk, salah satu rangkaian runcit terbesar di Indonesia, mencatatkan kerugian sebanyak 170 bilion rupiah (AS $ 12.6 juta) pada enam bulan pertama tahun ini. Jualan kedai Ramayana Lestari Sentosa Tbk mengalami kejatuhan sebanyak 0.5% tahun ini selepas Julai, berbanding pertumbuhan sebanyak 6.9% pada tempoh yang sama tahun lepas.

Dody Budi Waluyo, penolong gabenor di bank pusat, berkata dalam temubual pada 6 Okt bahawa pemotongan kadar akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

“Tanda-tandanya sudah jelas bahawa kami mahu ekonomi berjalan dengan lebih cepat.”

Kurang perbelanjaan merisaukan kerajaan Indonesia

Keliru kerana kurang perbelanjaan, Menteri Kewangan mengarahkan pasukannya untuk memeriksa perbelanjaan dalam kalangan pelbagai kumpulan pendapatan, yang mendapati masalahnya terletak dalam kalangan mereka yang berpendapatan pertengahan dan  tinggi.

Antara sebab perkara ini diketengahkan adalah untuk menekankan  usaha kerajaan Indonesia dalam peningkatan pengutipan hasil cukai. Indonesia mengutip lebih daripada US $ 11bil dalam pembayaran penalti untuk pengampunan cukai (tax amnesty) yang berakhir tahun ini. Hal ini memberikan kesempatan kepada rakyat untuk mengumumkan aset yang sebelum ini tidak diumum kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan cukai.

Sejak itu, kerajaan telah meningkatkan usaha untuk menguatkuasakan peraturan cukai, yang mungkin menjejaskan corak perbelanjaan pengguna.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker