FesyenGaya Hidup

Jaket Pintar Gabungan Levi’s Dan Google

Syarikat pakaian denim terkemuka, Levi’s bersama firma teknologi gergasi, Google mencipta sehelai jaket yang mampu berhubung dengan telefon pintar.

Lapor theGuardian, jaket berkenaan menggunakan fabrik berteknologi tinggi untuk bertindak sebagai penghubung kepada telefon pintar.

Pada pandangan pertama, jaket yang dikenali sebagai Commuter Trucker Jacket  with Jacquard by Google ini kelihatan seperti jaket denim biasa. Disediakan untuk kedua-dua gender, lelaki dan wanita, jaket denim biru gelap ini turut mengekalkan keselesaan seperti denim Levi’s yang lain kepada si pemakai.

Semua teknologi jaket ini terhad di bahagian lengan sebelah kiri. Hujung lengan kiri diperbuat daripada bahan denim yang sedikit berbeza yang telah ditenun dengan benang konduktif, membolehkan lengan bertindak sebagai pad sentuh interaktif untuk jaket.

Touchpad ini dikuasakan oleh “tag” yang boleh dicas semula dan diaktifkan melalui bluetooth. Dengan hanya menyentuh bahagian lengan pada jaket tersebut, pemakai boleh memberhentikan atau melangkau susunan lagu serta dapat menggunakan aplikasi Google Maps tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar daripada poket.

Diumumkan pada Mac lalu, jaket terbabit dijual di beberapa premis terpilih di Amerika Syarikat sebelum dipasarkan melalui laman web rasmi Levi’s. Menerusi pengumuman yang dilakukan ketika pesta SXSW di Austin, Texas awal tahun ini, jaket itu dianggarkan bernilai sekitar AS$350 (RM1,472).

Selain itu, jaket tersebut dilengkapi butang yang menghubungkan benang dalam poket jaket ke peranti pintar. Ia sesuai digunakan untuk telefon pintar jenis Android atau iOS.

Kemudiannya, sistem itu akan menghantar data secara wayarles ke telefon pintar atau peranti lain, membolehkan pengguna menggunakan fungsi seperti panggilan telefon dan menghantar mesej dengan hanya menyentuh fabrik pada jaket tersebut.

Dikuasakan oleh Sistem Jacquard, jaket itu direka untuk mereka yang sering bergerak ke mana-mana dan tidak mempunyai masa melihat telefon pintar atau jam. Ia dapat membaca teks dengan kuat melalui telefon itu sendiri atau melalui fon kepala anda. Ia juga boleh dikonfigurasikan untuk hanya membenarkan panggilan dan teks daripada orang penting sahaja.

Satu kelemahan jaket jean ini ialah kainnya hanya boleh bertahan dibasuh 10 kali sahaja kerana bahagian lengannya yang sensitif.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker