Publika Deepavali 2017
Tempat: Publika
Tarikh: 2 Oktober – 22 Oktober
Masa: 10 AM
Yuran Kemasukan: PERCUMA
Tahun ini, untuk hujung minggu Deepavali, Publika akan mengadakan bengkel menarik yang terdiri daripada bengkel masakan, bengkel seni, demonstrasi pemaikaian saree dan aktiviti keluarga yang lain. Pengunjung juga boleh menikmati pemandangan imej yang indah yang diambil di India di Pameran Fotografi ‘Colours Sing’.
[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]
Persembahan Wayang Kulit
Temapt : GALERI PETRONAS
Tarikh: 22 Oktober
Masa: 3:30 PM – 6:30 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA
Galeri Petronas menganjurkan persembahan Wayang Kulit untuk dua hari. Dilancarkan oleh Abdullah Mamat, pameran itu merupakan permulaan kepada pameran yang akan datang. Untuk RSVP, sila klik di sini: http://bit.ly/2y2RIAv. Kemasukan adalah percuma untuk semua!
[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]
RIUH’s Deepavali Weekend
Tempat: APW, Jalan Riong Bangsar
Masa: 21 Oktober – 22 Oktober
Tarikh: 10 AM – 9 PM
Yuran Kemasukan: PERCUMA
RIUH adalah platform kreatif untuk kedai pop-up, makanan, bengkel kreatif dan persembahan langsung. Hujung minggu ini RIUH mengadakan event eksklusif sempena perayaan Deepavali. RIUH berkolaborasi dengan #SAREEONMOVEMENT untuk Pembuatan Kolum Interaktif, Tutorial Saree dan Lukisan Live Saree. Mereka juga akan menganjurkan tiga bengkel: seni & sains untuk kanak-kanak oleh Atom & the Dot, fotografi telefon untuk Instagram oleh TTFGA dan seni makanan oleh Rojak Project. Jadi datang dan bawa rakan-rakan dan keluarga anda untuk memeriahkan suasana!
[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]
Slide The City
Tempat: Setia City Convention Centre
Tarikh: 20 Oktober – 29 Oktober
Masa: 20 Okt: 5 PM / 21 Okt: 9 AM
Yuran Kemasukan: Biasa, RM29; VIP, RM86; kanak-kanak, RM15; VIP kanak-kanak, RM49
Slide The City kembali ke Malaysia selepas dua tahun dan mereka membawa bersama gelongsor air raksasa sepanjang 1000 kaki serta aktiviti mesra keluarga dan karnival makanan. Lawati laman web mereka untuk membeli tiket.
[eltdf_separator class_name=”” type=”full-width” position=”center” color=”Black” border_style=”solid” width=”” thickness=”1″ top_margin=”” bottom_margin=””]
MGACE 2017
Tempat: Evolve Concept Mall, Grand Pacific
Tarikh: 21 Oktober – 22 Oktober
Masa: 11 AM to 7 PM
Yuran Kemasukan: RM 25
Boleh dikatakan salah satu acara anime, manga dan komik (ACG) terbesar di negara ini, MGACE akan kembali untuk kali keempat. Konvensyen selama dua hari ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan cosplay, persembahan muzik, pertandingan permainan video dan banyak lagi. Terdapat juga senarai vendor yang menjual pelbagai jenis produk yang berkaitan dengan ACG daripada seni komik hingga barangan hiasan.