Teknologi

Jam Tangan Pintar Kanak-Kanak Mudah Digodam

Sesetengah jam tangan pintar yang direka untuk kanak-kanak mempunyai kelemahan  dari segi keselamatan yang membuat mereka mudah digodam, kata badan hak pengguna.

Majlis Konsumer Norway (Norwegian Consumer Council, NCC) menguji jam tangan dari jenama-jenama seperti Gator dan GPS for Kids lapor BBC.

Ujian dilakukan mendapati jam tangan pintar kanak-kanak mudah digodam

Mereka mendapati bahawa penyerang boleh mengesan, mencuri dengar malah berkomunikasi dengan si pemakai jam.

Namun begitu, syarikat pembuat jam-jam ini sering menegaskan bahawa masalah telahpun diselesaikan atau sedang ditangani. Peruncit dari UK, John Lewis telah menarik balik salah sebuah  model jam tangan pintar dari pasaran sebagai tindak balas terhadap keadaan ini.

Jam-jam pintar yang telah diuji ini pada asasnya berfungsi sebagai telefon pintar mudah, membolehkan ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak serta mengesan lokasi anak-anak mereka.

Ada yang mempunyai ciri SOS yang membolehkan kanak-kanak itu menghubungi ibu bapa mereka dengan segera.

Antara jenama jam pintar untuk kanak-kanak yang dijual di Malaysia

Di Malaysia jam pintar untuk kanak-kanak dijual pada harga permulaan sebanyak RM 400.

Bagaimana individu tidak bertanggungjawab menggodam jam tangan pintar

Ini bermakna orang asing, menggunakan teknik penggodaman asas boleh mengesan pergerakan kanak-kanak ketika mereka sedang bergerak, atau membuat seorang kanak-kanak kelihatan seperti berada di lokasi yang berbeza.

Jam tangan pintar kanak-kanak datang dengan ciri SOS untuk bantuan segera

Pemantau hak pengguna, Which? mengkritik jam tangan yang dikatakan  kurang bermutu ini dan berkata ibu bapa akan terkejut jika mereka tahu risiko yang terlibat jika mengunakan jam-jam ini.

Jurucakap Alex Neill berkata: “Keselamatan dan sekuriti harus menjadi keutamaan yang paling utama. Jika hal ini tidak boleh dijamin, maka produk tersebut tidak boleh dijual.”

Terdapat penarikan balik produk jam tangan pintar

John Lewis menarik balik sejenis versi jam tangan Gator, walaupun tidak jelas sama ada ia mengalami kelemahan  dari segi keselamatan seperti jam tangan lain yang telah diuji.

Firma itu berkata ia menarik balik produk tersebut daripada pasaran  “sebagai langkah berjaga-jaga” sambil menunggu “nasihat dan jaminan dari pembekal”.

Bagaimana syarikat menangani masalah ini

GPS for Kids berkata ia telah menyelesaikan masalah kelemahan keselamatan untuk jam-jam yang baru.Upgrade pula ditawarkan pelanggan yang sudah membeli jam. Pengedar jam UK, Gator berkata ia telah memindahkan datanya ke server baru yang disulitkan dan sedang membangunkan aplikasi baru yang lebih selamat untuk pelanggan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker