Isu SemasaTempatan

Cerita Disebalik Warga Emas Dikunci Di Rumah Oleh Anak-anak

Pada minggu lepas kita dikejutkan oleh berita seorang warga emas dikunci di dalam rumah di Taman Inderapura oleh anak-anaknya. Baru sahaja menghidap angin ahmar dia dijumpai telanjang dan diselaputi najis ketika diselamatkan pihak berkuasa tempatan.

Perkara sebenar yang berlaku

Siasatan menunjukkan,  bukan sahaja lelaki tersebut telah mengunci dirinya sendiri, dia  juga mungkin telah menghalau anak-anaknya keluar dari rumah tersebut, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Daerah, Abdul Aziz Salleh berkata kunci lelaki berusia 77 tahun tersebut memiliki kunci rumah tersebut apabila mereka memecahkan kunci gril depan rumah untuk menyelamatkannya pada 3 Oktober.

“Rupa-rupanya, kunci rumah sentiasa berada dengannya. Dia mungkin telah mengunci pintu untuk menghalang penjenayah dari memasuki rumah.

“Setakat ini, siasatan kami menunjukkan bahawa anak-anaknya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Malah dia menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat  setiap bulan,” katanya.

ADUN Teruntum Sim Chong Siang berkata dia dimaklumkan oleh dua orang anak lelaki itu bahawa bapa mereka telah menghalau mereka keluar dari rumah ketika berlaku pergaduhan di antara mereka.

Kata Sim, anak-anak kepada lelaki itu,  mendakwa bahawa bapa mereka ketika dalam keadaan marah telah menghalau mereka keluar. Mereka juga mendakwa bahawa dia  mudah baran. Hal ini akhirnya memaksa mereka untuk meninggalkan dia bersendirian.

“Mereka mendakwa telah menghantar bapa mereka ke rumah orang tua dua minggu lalu. Tetapi disebabkan terdapat beberapa masalah, mereka terpaksa membawanya pulang ke rumah, “katanya.

Sim berkata menurut anak-anak kepada lelaki itu, mereka pulang ke rumah pada pukul 5 petang pada hari Selasa untuk memberikan makanan kepada ayah mereka. Namun mendapati bahawa dia tidak lagi berada di sana. Pada masa itu, lelaki warga emas itu berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan kesihatan.

“Anak-anaknya mengambil keputusan bahawa mereka akan menghantarnya ke rumah orang-orang tua yang bersedia menerimanya,” kata Sim.

Sim berkata, dia telah menarik balik laporan polisnya apabila anak-anak kepada lelaki tersebut telah kembali untuk menjaga bapa mereka.

Antara sebab-sebab pergaduhan ibu bapa dan anak-anak yang sudah dewasa

Ahli psikologi mendapati pergaduhan antara ahli keluarga akan boleh menjadi semakin buruk semakin anak-anak meningkat dewasa, lapor Telegraph .

Ia selalunya tentang perkara yang sama tidak kira berapa umur anak-anak, iaitu ibu bapa sering cuba menguruskan kehidupan anak-anak mereka.

Ketika anak-anak masih kecil mereka boleh diberitahu bagaimana untuk berpakaian atau untuk tidak berbuat bising. Namun keadaan ini boleh menjadi semakin rumit apabila anak-anak sudah menginjak dewasa.

Antara subjek pergaduhan ibu bapa dengan anak-anak yang selalu berlaku adalah, tingkah laku anak-anak, masalah kewangan, pilihan pasangan anak-anak dan personaliti mereka yang berbeza (anak-anak dan ibu bapa).

Selain itu, sifat semulajadi ibu bapa untuk memberi anak-anak sokongan serta kadang-kadang nasihat yang tidak diminta boleh menjadi sebuah lagi punca salah faham antara ibu bapa dan anak-anak.

Menjaga hubungan sesama ibu bapa dan anak-anak dewasa

Kira Birditt, seorang ahli psikologi berkata: “Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak adalah salah satu hubungan sosial manusia yang telah lama wujud.

Melihat pada aspek yang lebih positif  Birditt berkata, apabila kedua-dua pihak telah lebih berusia, mereka akan cuba memahami pandangan satu sama lain

Untuk mengelakkan salah faham, kedua-dua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing. Anak-anak perlulah mengingati jasa ibu bapa dalam membesarkan mereka dan sentiasa menghormati kedua ibu bapa mereka.

Ibu bapa pula perlu faham sempadan diri mereka dengan anak-anak yang sudah dewasa iaitu dengan memberi mereka ruang untuk menguruskan hidup mereka sendiri dan tidak memberikan nasihat apabila tidak diminta.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker