AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Turki Penentu Masa Depan Dunia?

Turki merupakan salah sebuah negara yang telah mengambil langkah-langkah proaktif dalam menghulurkan bantuan terhadap pelbagai krisis kemanusiaan.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero, ketika berucap dalam sesi terbuka di Forum Dunia TRT bertajuk ‘We are all in the Same Boat: Regional Cooperation and Address the Humanitarian Crisis’, menyatakan bahawa masa depan seluruh dunia bergantung pada Turki.

Tetapi mengapa? Menurut Zapatero, ini adalah sebabnya:

“Kerana masa depan Turki adalah masa depan hubungan di antara dunia Barat dan dunia Timur. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya sentiasa berfikir tentang perkara ini dan ia adalah mengapa saya selalu berkata bahawa terdapat kaitan di antara Sepanyol dan Turki,” katanya.

 

KEAMANAN DAN KESTABILAN GLOBAL

Beliau turut berkata, krisis pelarian dan peperangan di Syria dan Iraq adalah topik asas bukan sahaja untuk Turki, tetapi untuk keamanan dan kestabilan global.

“Seluruh dunia bergantung kepada Turki,” ujarnya yang merujuk kepada keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Turki dan Eropah saling berkait di dalam konteks krisis pelarian serta krisis di Syria dan Iraq dan ia adalah penting untuk kedua-dua pihak itu (Turki dan Eropah) untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka.

“Kita perlu mengembalikan semangat untuk berunding,” katanya sambil menegaskan bahawa Eropah perlu menjaga Turki dan Turki perlu memberi fokus terhadap Eropah.

Dalam pada itu, Zapatero amat memuji peranan Turki dalam mengambil lebih daripada 3 juta pelarian Syria yang melarikan diri daripada negara mereka yang sedang bergolak itu.

Bekas perdana menteri itu turut mengiktiraf segala usaha Turki sambil menyifatkannya sebagai “bahagian penting dalam sejarah”.

 

NEGARA-NEGARA MEMBANGUN MEMAINKAN PERANAN PENTING

Selain itu, Zapatero juga bercakap tentang kepentingan memperbaharui institut-institut global, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan Bank Dunia.

Kini, kuasa geopolitik dilihat sedang beralih daripada negara-negara Barat kepada negara-negara membangun, dan menurut beliau, penubuhan ekonomi baru pada hari ini adalah berdasarkan sokongan yang diberikan oleh negara-negara membangun, bukan negara-negara maju.

“Eropah dan Amerika Syarikat menjadi semakin kecil dan kecil dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) global. Dan negara-negara membangun seperti China, India, Asia secara umum, sebahagian Amerika Latin, dan Turki memainkan peranan lebih penting pada hari ini,” katanya.

Namun pada masa yang sama, beliau juga menganggap bahawa ia adalah penting untuk mengukuhkan, merangsang dan menjaga budaya kerjasama di antara negara, di mana setiap negara perlu menghormati dan bekerjasama dengan identiti, agama  dan budaya yang berlainan supaya terus maju kehadapan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker