Sukan

Arsenal Bermain Sebagai Satu Pasukan Di Serbia

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya menunjukkan “karakter” apabila mereka meneruskan permulaan sempurna di dalam Liga Europa dengan kemenangan 1-0 menentang Crvena Zvezda dari Serbia yang terpaksa bermain dengan 10 orang.

Gol cantik Olivier Giroud di penghujung perlawanan menjadikannya tiga kemenangan daripada tiga perlawanan oleh Arsenal dalam Kumpulan H.

Mereka kini berada di tangga teratas, dengan lima mata mendahului BATE Borisov.

“Saya rasa apa yang menakjubkan adalah semangat yang ditunjukan dan bermain bersama (sebagai satu pasukan),” ujar Wenger.

“Kita tidak berputus asa dan begitu menginginkan gol.”

Arsenal membalas komen Deeney

Karakter pemain-pemain Arsenal dipersoalkan apabila mereka gagal memanfaatkan gol pendahuluan yang diperolehinya apabila tewas 2-1 kepada Watford ketika perlawanan Sabtu lepas, dan penyerang The Hornets, Troy Deeney berkata The Gunners “tiada telur”.

Wenger mengakui terasa dengan komen itu, tetapi terus menyebelahi pasukannya dan menyuruh mereka membalasnya dengan memberikan pertunjukan yang mantap di Serbia.

Hanya ada beberapa stadium sahaja yang lebih menakutkan daripada stadium tuan rumah, Stadium Marakana, dan suasana hangat yang dihasilkan oleh lebih daripada 50,000 penyokong tuan rumah pastinya akan menguji karakter pasukan Arsenal sepenuhnya.

Amat mudah untuk pasukan pelawat itu layu ketika di tengah perlawanan tetapi mereka berjaya menempuhinya dan menunjukan satu permainan profesional di tempat lawan.

Ia bukanlah satu kemenangan yang selesa. Petr Cech terpaksa menyelamatkan dua percubaan, satu daripada Nemanja Radonjic dari jarak dekat, kemudian tandukan Nenad Krsticic

Wenger berkata: “ia adalah perlawanan yang sukar, sangat sengit dan tekanan yang diberikan oleh penyokong tuan rumah, tetapi kami tempuhinya dan cuba untuk mendapatkan kemenangan. Mereka juga begitu.

“Kami bermain menentang pasukan yang bagus, dan sangat berbahaya apabila menyerang balas.”

Wilshere membuktikan bahawa dia sudah bersedia

Seperti sebelum ini, Wenger memberi peluang kepada beberapa orang pemain muda kelab itu untuk membuktikan kemampuan mereka, dan Jack Wilshere pastilah orang yang paling mahu meyakinkan pengurus Arsenal itu.

Pemain tengah England yang sedang berusaha mencari rentaknya selepas beberapa siri kecederaan itu, menjadi kesebelasan utama buat kali ketiga di dalam kempen itu.

Dia masih lagi tidak dapat bermain di dalam liga perdana pada musim ini, tetapi berjaya menarik perhatian di dalam Liga Europa dan Piala Carabao.

Selepas pertunjukan yang meyakinkan itu pasti meletakkannya sebagai pilihan bagi menentang Everton di liga perdana pada Ahad nanti.

Wilshere selalu dilihat tidak mempunyai ruang untuk bergerak, tetapi dia mengekalkan semangatnya, dan apabila Arsenal memulakan serangan, dia pasti ada turut serta.

Jadi tidak mengejutkan apabila dia menjadi peneraju serangan The Gunners. Dia meloloskan diri daripada pengawalnya sebelum menghantar bola kepada Theo Walcott, yang kemudiannya menanduk bola tersebut ke arah Giroud.

“Dia akan dapat peluangnya di Liga Perdana,” ujar Wenger.

“Begitulah nampaknya jika diteruskan begini. Buku lalinya disepak dengan kasar pada babak pertama, tetapi dia berjaya bermain sepanjang 90 minit dan permainan yang sengit seperti itu, tentunya akan banyak membantu.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker