Teknologi

Apple Mengurangkan Pengeluaran Iphone 8

Menurut 9to5mac.com, rangkaian pembekal Taiwan menyatakan bahawa Apple telah mengurangkan permintaan buat kedua-dua iPhone 8 dan iPhone 8 Plus sehingga 50% bagi bulan November dan Disember. Keadaan ini juga menyebabkan saham Apple jatuh 3% di dalam pasaran.

Ramai netizen mengatakan penjualan iPhone 8 pasti mengalami masalah setelah Apple sendiri mengumumkan pelancaran iPhone X.

Awalnya, iPhone X diumumkan berikutan ia merupakan edisi terhad ulangtahun ke-10 iPhone manakala iPhone 8 pula merupakan produk telefon pintar Apple selepas iPhone 7.

Dengan pesanan untuk iPhone X yang masih belum dibuka, pengurangan pesanan bagi iPhone 8 mungkin berita baik atau buruk buat Apple.

Penilaian dapat dilihat di mana pengguna tidak dapat melihat perbezaan antara iPhone 7 dan 8, dan sanggup menunggu sehingga tahun hadapan.

Ramai netizen juga berpendapat, pengguna sanggup membayar pada harga premium untuk memilik iPhone X dari membeli iPhone 8 yang dikatakan tidak begitu menguntungkan.

Penganalisa menyatakan jika iPhone X mula dijual nanti, ia akan membantu peningkatan penjualan iPhone di dalam Apple secara positif.

Namun, dengan pengeluaran yang terhad dan perlahan terutamanya modul kamera 3D, mampukah Apple memenuhi permintaan untuk iPhone X?

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker