Gaya HidupPercutian

‘Pantai Bayi’ Pertama Di Jerman

Ben bermain dengan penggali hijau kecil di atas pantai. Kakaknya, Lea menggunakan sebatang penyodok untuk memasukkan pasir di dalam baldi kuningnya – kemudian tiba-tiba berlari dengan adik lelakinya sentiasa berada berhampiran.

Adakah pantai untuk bayi sesuai  diadakan di Malaysia?

Tetapi ayah mereka tetap santai sahaja mengawasi mereka dari kerusi dek. Lagipun, dia berada di “pantai bayi” yang pertama di Jerman. Apa  sahaja masalah yang boleh berlaku?

‘Pantai bayi’ ini adalah pantai buatan manusia

Terletak di resort pantai North Sea di Butjadingen di Jerman, pantai buatan manusia berkeluasan 250 meter persegi  ini dibuat dari pasir eko-alergen yang sangat halus, lapor Star2.  Kanopi telah didirikan untuk memberikan pelawat tempat berteduh dan kepingan kaca keselamatan pula didirikan untuk melindungi kanak-kanak kecil dari angin  serta  menghalang mereka keluar dari kawasan tersebut.

Tidak ada serpihan kaca, tutup botol atau cengkerang tajam di pasir yang boleh menyebabkan ibubapa risau.

“Kanak-kanak tidak boleh keluar. Lebih penting, anjing tidak boleh masuk,” kata Christel Frommberger, yang melawat pantai bayi dengan cucunya,  Dora.

Pantai bayi di Jerman

Beberapa meter dari situ, Ben dan Lea telah kembali kepada bapa mereka, Christian Erlei. Mereka bermain bersama dia di atas pasir. “Keadaan di sini hebat kerana ia terlindung dengan baik,” katanya. “Ben selalu mengadu  pasir masuk  matanya.”

Pantai eksklusif untuk bayi mungkin kelihatan agak berlebihan, tetapi ramai ibubapa mendapati idea itu menarik. Kalau bayi-bayi boleh menghadiri yoga, sesi urut, sesi pelajaran muzik atau berenang, serta menghirup “babycinos” di kafe- kafe yang trendy, jadi kenapa mereka tidak mempunyai sebuah pantai khusus untuk mereka?

Tujuan sebenar ‘pantai bayi’

Sudah tentu, bayi sebenarnya tidak memerlukan pantai mereka sendiri untuk bergembira. Tetapi menurut pakar pediatrik dan penulis Herbert Renz-Polster, manfaat sebenar pantai bayi adalah untuk ibubapa bayi tersebut.

“Kanak-kanak kecil memerlukan ibubapa yang gembira dan relaks,” katanya. Bagus untuk kesihatan ibubapa apabila mereka tidak perlu bimbang anak mereka akan hilang dari pandangan ketika beriadah di pantai.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker