Gaya HidupMakan & Minum

Mesin Layan Diri Yogurt Smoothie Yang Pertama Di KL

Mesin layan diri selalunya menawarkan minuman yang tidak berkhasiat dan mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Fitgo Smoothie menambahkan lagi kepelbagaian minuman dengan menawarkan smoothie yogurt protein. Mesin ini merupakan mesin yang pertama yang menawarkan minuman smoothie buah-buahan segar. Ia sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk, tetapi masih mahu menjalani kehidupan yang sihat.

Kesemua smoothie dibuat menggunakan buah-buahan dan/atau sayur-sayuran serta probiotik yang dapat membantu pergerakan usus.

Smoothie ini adalah antara cara yang terbaik untuk mendapatkan pengambilan vitamin harian anda, terutamanya ketika anda berada di luar. Pada masa yang sama, ia juga sesuai untuk dijadikan minuman selepas bersenam.

Setiap cawan smoothie datang dalam saiz 400ml. Ia boleh didapati dalam lapan perisa yang berbeza.
Campuran Putih: ProYo, Pisang, Tembikai susu, Durian belanda (236 kalori)

Campuran Kuning: ProYo, Nanas, Mango, Nangka, Passionfruit (218 kalori)

Campuran Hijau: ProYo, Sayur hijau, Pisang, Kiwi, Avokado, Daun mint (208 kalori)

Campuran Orange: ProYo, Betik, Rockmelon, Oren, Lobak merah(196 kalori)

Campuran Merah: ProYo, Tembikai, Nangka Merah, Tomat, Strawberi (204 kalori)

Campuran Ungu: ProYo, Buah naga, Kubis ungu, Anggur hitam (194 kalori)

Rainbow Mix: ProYo, Nanas, Papaya, Pisang, Nangka Merah, Sayur hijau, Kubis ungu(192 kalori)

ProYo Cube: Soymilk, Protein Soya, Yogurt & Probiotic (40 juta cfu kultur hidup/probiotik)

Fitgo Smoothie menawarkan cawan yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Apabila anda telah membuat bayaran, anda boleh mengambil cawan tersebut dan meletakkannya di bahagian pengisar di mana buah-buahan dan sayur-sayuran akan dicampur dalam masa 45 saat.

Sekiranya anda ingin mencuba yogurt smoothie ini, anda boleh menjumpainya di 6 lokasi yang berbeza di seluruh Lembah Klang.

Mesin layan diri FitGo kini boleh didapati di:

  1. B6L1, Monash University @ Subang Jaya
  2. 2F, Etiqa Twins @ KLCC, KL
  3. 1F, Menara KH @ Jln Sultan Ismail, KL
  4. GF, Menara Tokio Marine @ Jln Yap Kwan Seng, KL
  5. GF, Jaya 33 @ Jln Semangat, Petaling Jaya
  6. 2F in front Mr. DIY, DPULZE Shopping Centre @ Cyberjaya
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker