Teknologi

Tukang Urut Robot Mula Bekerja Di Singapura

Sebuah tukang urut robot berteknologi tinggi yang bernama Emma menawarkan rakyat Singapura dengan urutan badan menggunakan lengan logam dan tip silikon yang dapat meniru sentuhan manusia dengan sempurna.

Robot itu adalah ciptaan sebuah syarikat tempatan AiTreat yang mula bekerja di Klinik NovaHealth TCM minggu ini. Ia melakukan sejenis urut iaitu  “tui na” yang diamalkan dalam perubatan China tradisional.

Emma, ​​yang membawa maksud Expert Manipulative Massage Automation, terdiri daripada lengan logam putih dengan tip silikon yang dipanaskan yang mampu menyerupai telapak tangan dan ibu jari manusia.

Untuk SG$ 68 (RM211), pelanggan di klinik perubatan tradisional China tersebut akan mendapat setengah jam urut daripada Emma, – di bahagian belakang atau bahagian badan lain yang sakit – lima minit urut oleh ahli terapi manusia dan sekitar 20 minit untuk akupunktur.

Calista Lim, seorang doktor yang dilatih di Beijing, berkata robot itu memudahkan beban kerjanya, dan membolehkannya untuk menumpukan perhatian kepada lebih ramai pesakit.

“Ada hari yang… manusia berasa sedikit letih atau tidak begitu sihat dan mereka mungkin enggan melakukan kerja tambahan,” katanya kepada AFP.

“Tetapi untuk Emma, ​​sebaik sahaja saya berkata mula, maka dia mula bekerja.”

Beliau berkata robot urut itu juga berguna untuk mengisi kekurangan pekerja, kerana ia boleh menjadi sukar untuk mencari terapi yang baik di Singapura.

“Tui na” melibatkan tekanan ke titik-titik yang tertentu pada badan. Pengamal perubatan China percaya ia boleh membantu melegakan pelbagai penyakit, daripada sakit kepala hingga kemurungan.

Zhang Yizhong, ketua eksekutif AiTreat, yang dipupuk oleh Nanyang Technological University-state, berkata Emma menggunakan sensor untuk mengesan kekakuan (stiffness) dalam tubuh manusia dan seberapa baik darah mengalir dalam badan pesakit untuk memberi urut yang lebih berkesan.

Namun, Lim mengakui bahawa sesetengah pesakit pada awalnya berasa khuatir untuk diurut oleh mesin “kerana mereka menonton banyak filem seram”.

Tetapi semakin terima kepada idea itu selepas mencubanya.

Elaine Low, 35, yang mempunyai sakit belakang, berkata dia menikmati pengalaman itu.

“Ia berasa sangat selesa,” katanya.

Perubatan China tradisional, yang menggunakan ubat herba dan teknik seperti akupunktur adalah popular di Singapura di mana kebanyakan penduduknya adalah kaum etnik China.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker