Gaya HidupKesihatan

Gen Yang Membuat Kaum Hawa Gembira-MAOA

Sebuah gen adalah satu unit kecil DNA. DNA membawa maklumat genetik di dalam semua benda hidup. Gen kegembiraan mungkin telah ditemui namun gen ini hanya dijumpai pada wanita, lapor Everyday Health.

“Gen pahlawan” yang dijumpai bagi lelaki mungkin adalah “gen kegembiraan” bagi wanita

Gen MAOA-gen kegembiraan

Sebuah kajian baru mendapati penghasilan rendah gen monoamine oxidase A (MAOA) nampaknya memberi wanita perasaan yang baik, namun begitu ia mempunyai kesan yang berlainan pada kaum adam. Malah, ia adalah jenis gen yang sama yang dikaitkan dengan keganasan dalam lelaki, lapor Live Science.

“Ini adalah gen kegembiraan yang pertama dikenal pasti bagi wanita,” kata penyelidik utama Henian Chen, Ph.D di University of South Florida. “Ini penting kerana terdapat banyak kajian mengenai orang yang tidak normal menghidap MDD, gangguan  keresahan dan personaliti. Kita  perlukan lebih banyak kajian tentang psikologi untuk individu biasa, sebab kebanyakan daripada kita adalah individu normal.”

Bagaimana MAOA berfungsi?

MAOA mengawal aktiviti enzim yang menguraikan serotonin, dopamin dan lain-lain bahan kimia otak yang baik. MAOA yang dihasilkan secara rendah menyebabkan penghasilan tahap monoamin yang lebih tinggi. Ia seterusnya membolehkan sejumlah besar neurotransmitter untuk kekal di dalam otak dan meningkatkan mood.

Dalam kajian ini, para penyelidik mengkaji bagaimana gen ini dihasilkan oleh 193 orang wanita dan 152 orang lelaki. Mereka juga menganalisa tentang kegembiraan yang dilaporkan sendiri oleh peserta penyelidikan

Hasil kajian- Lelaki mempunyai MAOA tidaklah lebih gembira daripada lelaki tidak mempunyai MAOA

Para penyelidik mendapati bahawa wanita dengan hanya satu salinan gen MAOA adalah  lebih gembira daripada wanita tanpa salinan gen tersebut. Didapati walaupun ramai lelaki dalam kajian itu mempunyai salinan variasi gen tersebut, namun mereka tidak melaporkan lebih banyak kegembiraan daripada rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai gen tersebut, kata para penyelidik.

Kajian yang terdapat dalam jurnal Progress in Neuro-Psychopharmacology & Biological Psychiatry ini, dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk umur, pendidikan dan pendapatan.

Kehadiran hormon testosteron mempengaruhi keberkesanan MAOA

Peyelidik beranggapan satu sebab bagi perbezaan ini adalah kerana wanita mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah daripada lelaki – mereka anggap tahap testosteron yang tinggi dalam kalangan kaum adam meneutralkan kesan kegembiraan MAOA.

Chen berkata dia terkejut dengan hasil kajian ini kerana sebelum ini gen MAOA itu mempunyai kaitan negatif dengan alkohol, sifat agresif dan tingkah laku antisosial.

Wang tidak menjamin kegembiraan

Dan jika anda tertanya-tanya,  wang memang tidak boleh membeli kegembiraan. Chen mendapati bahawa orang tidaklah lebih gembira apabila pendapatan mereka meningkat. “Keputusan kami menunjukkan bahawa pendapatan bukanlah kayu ukur kegembiraan manusia,” katanya. Walaupun begitu, pengangguran menunjukkan ia boleh mengurangkan kegembiraan dalam peserta ujian.

Chen berkata adalah penting untuk terus mengkaji kesan gen  yang tertentu terhadap kesejahteraan manusia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker