Isu SemasaTempatan

Kajian Penggunaan Elektrik Dedah Tabiat Rakyat Malaysia

Satu tinjauan mengenai bagaimana rakyat Malaysia menggunakan elektrik telah dijalankan dan tinjauan itu menemui beberapa fakta menarik tentang bagaimana rakyat Malaysia menggunakan elektrik.

Sebagai contoh, kebanyakan rakyat Malaysia suka pakaian bersih kerana lebih daripada 53 peratus daripada 7,688 orang yang ditinjau berkata mereka membasuh baju lebih daripada dua kali dalam seminggu.

Kaji selidik yang dijalankan oleh CILISOS.MY juga menunjukkan bahawa orang Malaysia masih berfikir boleh memperdaya perompak dengan menyalakan lampu apabila tiada di rumah. 58.9 peratus daripada mereka yang ditinjau mengaku masih mengamalkan ini.

Sebanyak 75.3 peratus rakyat Malaysia, berkata mereka mahu menggunakan kuasa solar dan kira-kira 46 peratus mengatakan mereka mesti tidur dengan penghawa dingin pada setiap malam walaupun cuaca tidak panas.

Juga, 37.8 peratus daripada lelaki Malaysia mengecas telefon bimbit mereka semalaman pada setiap malam kerana tidak mahu kehabisan bateri pada keesokan hari.

Kira-kira separuh daripada mereka yang ditinjau tidak tahu apa sumber utama tenaga Malaysia dan sebanyak 69.9 peratus berpendapat bahawa mematikan kuasa tanpa menanggalkan plag  atau peralatan sudah memadai.

Perkara lain yang mengejutkan adalah mengetahui negari mana yang menggunakan elektrik paling banyak di Malaysia. Bukan Selangor atau Kuala Lumpur tetapi Sabah dan Pahang manakala di Putrajaya, orang ramai kelihatan agak berjimat cermat kerana wilayah itu adalah yang paling rendah penggunaan Elektrik (25.4%).

Sebanyak 44 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka masih mengalami gangguan elektrik di rumah beberapa kali setahun. Dan kajian itu juga mendedahkan lelaki bujang dan duda adalah yang paling kedekut dalam penggunaan elektrik.

CILISOS.MY melaporkan 22.4 peratus daripada mereka yang ditinjau berumur 21-25 tetapi ada responden dari kumpulan umur yang jauh: di bawah 17 ke atas 56. Daripada jumlah ini, 66.8 peratus adalah lelaki, 32 peratus adalah wanita dan 1.2 peratus yang lain.

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia cukup pintar dalam menguruskan tenaga. Walaupun begitu, ia bukanlah kerana mereka memikirkan tentang alam sekitar (28.9%), tetapi kerana mahu menjimatkan wang (64.4%)!

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker