AntarabangsaIsu Semasa

Kaherah Dinamakan Bandar Paling Berbahaya Bagi Wanita

Pada tahun 2011, Kaherah telah dinamakan sebagai sebuah bandar yang tidak selamat bagi wanita selepas berlakunya satu serangan seksual yang berprofil tinggi di Tahrir Square.

Sejak itu, keadaan hanya bertambah buruk. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Thomson Reuters Foundation, ibu kota Mesir itu merupakan bandar yang “paling berbahaya” bagi wanita.

Penemuan ini adalah hasil daripada tinjauan antarabangsa pertama tentang kehidupan wanita di bandar yang mempunyai lebih daripada 10 juta orang.

Dalam tinjauan tersebut, pakar kaji selidik melihat bagaimana wanita dilindungi daripada keganasan seksual, amalan kebudayaan yang berbahaya, akses kepada penjagaan kesihatan dan kebebasan kewangan. Hasil daripada kajian tersebut mendedahkan bandar Kaherah di kedudukan terakhir daripada 19 bandar.

Sejak 2011, keadaan ekonomi di ibu kota negara Mesir dan seluruh negara itu telah merosot. Pengangguran yang tinggi bermakna wanita kurang mendapat peluang untuk memperoleh kebebasan kewangan. Ekonomi yang miskin juga bermakna perkhidmatan kesihatan di negara itu semakin teruk.

Kempen hak wanita di Kaherah menyalahkan tradisi yang sudah berabad yang mendorong kepada diskriminasi terhadap wanita yang juga menyebabkan langkah-langkah progresif untuk membantu mereka sangat sukar.

Masalah utama tentang gangguan seksual adalah sikap masyarakat terhadap isu tersebut. Seperti di tempat-tempat yang lain, tetapi pada tahap yang lebih ekstrem, wanita di Mesir disalahkan kerana mereka ‘menjemput gangguan seksual’ kerana melakukan perkara kecil seperti gelak di khalayak ramai. Kepercayaan itu ditanamkan daripada usia muda, dan diterapkan dalam fikiran wanita dan lelaki.

Shahira Amin, seorang wartawan Mesir yang terkenal, mengatakan segala-galanya tentang bandar itu sukar untuk wanita, dan sesuatu perkara yang mudah seperti berjalan kaki di jalanan boleh mendedahkan wanita kepada gangguan dan segala jenis penganiayan.

Sebagai tambahan kepada kedudukan keseluruhan, kajian itu mengklasifikasikan bandar-bandar mengikut subseksyen juga. Kairo merupakan bandar ketiga yang paling berbahaya bagi wanita dari segi keganasan seksual atau kemampuan mereka untuk hidup tanpa menghadapi rogol, serangan seksual atau gangguan.

Delhi dan Sao Paulo di Brazil berada dalam kedudukan pertama daripada segi risiko gangguan seksual, keganasan seksual dan rogol.

Satu tinjauan yang dijalankan untuk Forum Keselamatan Awam Brazil mendapati satu daripada tiga wanita Brazil yang berumur 16 tahun atau lebih telah mengalami beberapa bentuk keganasan daripada segi fizikal, lisan atau psikologi.

Kajian juga mendapati London sebagai bandar paling mesra untuk wanita, diikuti oleh Tokyo dan Paris. Datuk Bandar London, Sadiq Khan berkata, wanita kini mendahului setiap lapisan masyarakat di London, termasuk perkhidmatan awam, seni, perniagaan dan politik.

10 bandar yang berbahaya bagi wanita adalah:

  1. Kaherah, Mesir
  2. Karachi, Pakistan
  3. Kinshasa, Congo
  4. New Delhi, India
  5. Lima, Peru
  6. Mexico City, Mexico
  7. Dhaka, Bangladesh
  8. Lagos, Nigeria
  9. Jakarta, Indonesia
  10. Istanbul, Turki
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker