AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Budaya Berdialog Kaedah Berkesan Mencapai Keamanan

Arab Saudi, di bawah pimpinan Raja Salman mempercayai bahawa dialog merupakan kaedah yang berkesan untuk mencapai keselamatan, keamanan dan kemakmuran di dunia.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Presiden Majlis Syura, Abdullah Al-Asheikh di dalam ucapannya di Kesatuan Antara Parlimen (IPU) ke-137 di Saint Petersburg, Rusia, yang bertemakan “Promoting Cultural Pluralism and Peace Through Inter-Faith and Inter-Ethnic Dialogue.”

Di forum tersebut, beliau menekankan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh King Abdul Aziz Center for National Dialogue untuk membincangkan isu-isu tempatan, termasuk mengadakan mesyuarat berkala.

Dalam pada itu, penubuhan Center for International Peace di Malaysia dan King Salman Center for Interreligious and Intercultural Dialogue di Austria juga membuktikan kepercayaan Arab Saudi di dalam kapasiti manusia untuk menjadikan dunia lebih aman.

Al-Asheikh juga usaha antarabangsa bersepadu untuk membanteras keganasan, mewujudkan lebih banyak undang-undang serta peraturan menentang serangan pengganas, melawan mentaliti pengganas dan sumber-sumber kewangan mereka, dan juga membuat senarai semua kumpulan pengganas dan negara-negara yang menyokong mereka.

“Arab Saudi tidak pernah terlepas peluang untuk melawan keganasan. Malah, ia (Arab Saudi) juga telah menganjurkan Persidangan Arab-Islamik-Amerika yang memfokuskan cara untuk menghapuskan keganasan, dan menubuhkan Global Center for Combating Extremist Ideology (Etidal) di Riyadh,” katanya.

Mengenai isu-isu tempatan dan antarabangsa, Al-Asheikh mengesahkan bahawa konflik di Palestin menjadi salah satu keutamaan Arab Saudi.

Beliau mahukan keamanan yang adil dan menyeluruh di Palestin berlandaskan resolusi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.

Bercakap tentang peperangan di Yemen pula, Al-Asheikh menegaskan bahawa Arab Saudi menyedari tentang penderitaan penduduk di negara itu yang disebabkan oleh militan Houthi.

Menurutnya, Arab Saudi juga telah memberi pelbagai bantuan kepada Yemen sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang bernilai lebih daripada AS$ 8 bilion (RM33.7 bilion) yang disalurkan melalui King Salman Center for Relief and Humanitarian Aid dan organisasi-organanisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memetik laporan Arab News, negara itu juga menyokong penyelesaian politik di Syria, selain daripada telah memperuntukkan dana bernilai $AS 15 juta (RM 63.3 juta) untuk membantu masyarakat Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

Arab Saudi turut berhubung dengan kerajaan Bangladesh supaya membuka semula sempadan mereka agar pelarian Rohingya boleh merentasinya.

 

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker