AntarabangsaIsu Semasa

Australia Cipta Portal Laporan ‘Revenge Porn’

Baru-baru ini, Australia telah melancarkan sebuah portal atas talian untuk melaporkan kes-kes ‘revenge porn’ yang sedang berleluasa sekarang.

Apa itu revenge porn? Pernahkah anda terdengar mengenainya sebelum ini?

Revenge porn atau “pornografi balas dendam” berlaku apabila seseorang individu menyebarkan gambar peribadi (lucah) kekasih, bekas kekasih atau sesiapa sahaja di laman-laman sosial dengan niat yang jahat untuk tujuan menganiaya.

Menurut penyelidik, ramai golongan wanita kini terjejas pada “skala yang besar”.

Portal baru yang diwujudkan oleh kerajaan Australia ini adalah yang pertama di dunia, dan mangsa boleh menerima bantuan, sokongan dan nasihat apabila gambar-gambar peribadi mereka disebarkan tanpa pengetahuan/persetujuan mereka.

Dalam pada itu, portal ini juga akan bekerjasama dengan pelbagai laman web dan enjin carian untuk membuang gambar-gambar yang mengaibkan.

Kajian terbaru mendapati bahawa 1 daripada 5 wanita berusia 18 hingga 45 tahun telah menjadi mangsa penderaan berdasarkan gambar, di mana 53% adalah kes revenge porn.

Walau bagaimanapun, 76% mangsa tidak mengambil sebarang tindakan kerana mereka tidak tahu apa langkah seterusnya yang boleh diambil.

Memetik laporan Sky News, masih tiada sebarang undang-undang khusus untuk menangani masalah ini di tiga negeri dan wilayah di Australia setakat ini.

Julie Inman Grant, Pesuruhjaya eSafety Australia berkata, laman web baru ini merupakan “inisiatif pimpinan kerajaan yang pertama di dunia, yang memperkasakan rakyat Australia yang mengalami bentuk penderaan sebegini dengan maklumat praktikal dan pelbagai pilihan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dengan melegekan kesengsaraan yang mereka alami.”

Kajian daripada Monash University di Melbourn pada bulan Mei mendedahkan bahawa kemungkinan untuk lelaki dan wanita menjadi mangsa gejala ini adalah sama – di mana 1 daripada 3 orang adalah lesbian, gay atau biseksual.

Pada masa ini, golongan penyelidik menyeru agar undang-undang diperketatkan lagi kerana gejala revenge porn berkembang dengan begitu pantas.

Fenomena ini mendapat perhatian antarabangsa apabila seorang penggodam menyebarkan beratus-ratus gambar bogel selebriti-selebriti di laman web 4Chan.

Gambar-gambar lucah yang diambil menggunakan aplikasi perkongsian imej, Snapchat, dipintas melalui aplikasi pihak ketiga dan kemudian dibocorkan di atas talian.

Selain itu, sebuah syarikat bernama Santa Cruise di Korea Selatan juga telah mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini.

Berdasarkan statistik kerajaan Korea Selatan, 7,325 permintaan terhadap video seks yang dibuang daripada internet dilakukan pada tahun 2016, iaitu peningkatan sebanyak empat kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Ini termasuk rakaman video daripada kamera tersembunyi yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker